search
Log In
18 votes
58 views
Pelbagai teknologi contohnya CIPR, PMA, HIPR dan rekabentuk kejuruteraan telah di ambil kira dalam meningkatkan mutu kualiti jalan di Jalan Persekutuan tetapi jalan masih rosak disebabkan oleh kenderaan berat yang melebihi had berat beban yang di wartakan. Adakah ini disebabkan kurangnya penguatkuasaan atau kurangnya pengetahuan transporter dalam had beban yang dibenarkan atau tiada signage muatan dibenarkan di laluan persekutuan?Mohon pandangan.
in Fixed Asset (Tak Alih) 4,020 points 5 12 33
0
Bagi isu had muatan kenderaan berat di Jalan Persekutuan;

1. Semakan ke atas had muatan yang telah diwartakan bagi setiap jalan persekutuan.

2. Papan tanda had muatan jarang dipasang di jalan persekutuan

3. Wear & tear termasuk menyemak semula rekabentuk pavement serta kaedah pembaikan yang disyorkan selalunya overlay dan tidak semua lokasi sesuai dengan kaedah overlay.

4. Menjalankan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan dengan berkala

5. Melaksanakan public engagement bersama syarikat dan operator lori

6. Menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak JPJ bagi menyemak had muatan untuk pengeluaran lesen kenderaan berat

2 Answers

5 votes

Pada pandangan saya sebelum kita berbincang tentang impak kenderaan berat terhadap kerosakan Jalan Persekutuan beberapa isu berikut harus dikaji:

  1. Bagaimanakah kualiti semasa Jalan Persekutuan?
  2. Adakah tahap kemampuan jalan tesebut telah direkabenuk mengikut kehendak beban ganda semasa?
  3. Apakah tindakan peningkatan kualiti jalan untuk menampung beban ganda tambahan itu adalah betul?
  4. Adakah kaedah pembaikan dan penyenggaraan itu bersesuian?
  5. Bagaimanakah tindakan kawalan penggunaan oleh kenderaan berat, terutamanya yang membawa muatan berlebihan itu dilaksanakan?
  6. Haruskah JKR diberi kuasa semula untuk melaksanakan penguakuasaan?
  7. Adakah syor lokasi dan jumlah papantanda itu mencukupi dan betul?
  8. Perlukah Kementerian Kerja Raya adakan satu sesi forum dengan Kementerian Pengangkutan untuk merancangkan satu pelan tindakan yang lebih menyeluruh?
41,870 points 103 172 285 1 flag
3 votes

as salam,

kenderaan melebihi muatan, kelemahan supervision, not the right mix, marshall mix test tak dibuat adalah antara sebab sebab yang boleh menyebabkan jalan rosak.

satu lagi adalah factor air. Premix ni tak tahan air. kalau terlalu berendam maybe becoz of flood atau paip air pecah sebagainya, tak lama lepas tu pecah le jalan tu. Thus semasa design atau construct jalan, pastikan level jalan tu lebih tinggi pada paras air, longkang sebagainya.

Allahumma Yassir Waala Tuassir

14,870 points 12 50 137
...