search
Log In
17 votes
30 views
Bila dilihat dari bilangan entry soalan yang dikemukakan dalam J-CoP dan maklum balas terhadap soalan yang diberikan, secara kasarnya bolehlah dirangkumkan bahawa Urus Setia J-CoP telah berjaya menambat minat pegawai teknikal untuk turut bersama berkongsi masalah dan penyelesaian dalam forum ini. Namun secara rawak juga dapat dinyatakan masih banyak soalan yang tidak mendapat perhatian terutama yang melibatkan isu teknikal.
Adakah ini menunjukkan kekurangan SME dalam kalangan warga JKR semasa ini ?
 atau SME agak sukar untuk mencari ruang bagi menuntaskan jawapan bernas?

Pada pandangan saya, sebaiknya ada satu mekanisme yang akan cuba merungkai permasalahan ini. Tambahan JKR sekarang telah mengujudkan Create, mungkin kelebihan ini dapat digunakan bagi memastikan setiap jawapan yang memerlukan penerangan teknikal dijawab dengan segera..

Akhir kata, diharap forum ini terus relevan dan tetap menarik minat semua untuk sentiasa bersama dan tidak kecewa kerana soalan tidak dijawab.....
in Helpdesk 30,610 points

1 Answer

6 votes
Satu rumusan dan pandangan agar  tulus, namun bagaimana pulah dengan soalan yang telah dijawap dan dianggap tetapt? Haruskah SME dan pihak berkaitan teliti dan memperhalusi semula kesemua jawapan itu?

Apakah pihak J-Cop akan mengumpulkan kesemua soalan bersama dengan jawapan yang tepat itu supaya ia boleh dibukukan mengikut bidang dan SME yang berkaitan supaya ia boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan?
39,750 points
0

Sangat setuju dengan pandangan tuan tentang mendokumenkan soalan dengan jawapan yang tepat. Sekurang-kurangnya ada pakar atau SME yang memberi penarafan terhadap penyelesaian tersebut. Kita selaku pegawai teknikal memang memahami konsep fleksibleliti dalam menyelesaikan masalah. Bak kata orang 'lain padang lain belalang' . Malah kefleksiblelan ini juga telah diterap dalam EuroCode dengan pengujudan National Annex. 

Namun tahap torensi itu perlu jelas dengan fakta kerana pengalaman mengajar kita namun tidak semestinya pengalaman itu tepat bagi semua keadaan. Mungkin dengan penarafan kaedah penyelesaian akan dapat memberi panduan kepada anggota lain tentang pilihan penyelesaian yang wujud bersesuaian dengan masalah dan kekangan yang dihadapi..

...