search
Log In
13 votes
80 views
Sering kali sistem pembetung jenis pra-tuang akan menghadapi pemendapan yang tidak seimbang sehingga penyambungan antaranya terbuka lalu dihakis sehingga terbentuknya cavity besar. Susulan kepada impak itu pembetung akan runtuh lalu terputus jaringan laluan.

Apakah pihak JKR tidak ada candangan untuk membuat perubahan terhadap sistem pembinaan yang konvensional ini kepada satu sistem pembinaan dimana unit-unit pembetung pra-tuang ini dibekalkan external post-tensioning system supaya pemyambungan antaranya akan menjadi lebih kukuh dan kuat demi mengatasi masalah pemendapan yang tidak seimbang?
in Bridge 39,750 points

4 Answers

4 votes
 
Best answer

Antara punca kegagalan pembetung di tapak adalah :

1.   Saiz pembetung tidak cukup besar disebabkan jumlah aliran air bertambah.

2.   Hakisan tebing dan runtuhan cerun.

3.   Jenis asas (bedding) dan rawatan tanah yang tidak sesuai.

4.   Pemilihan jenis pembetung dan kaedah pemasangan tidak sesuai.

5.   Pembetung tersumbat  dan pemendapan tanah.

6.   Kebocoran pada sambungan pembetung.

Cadangan:

1.   Saiz culvert perlu direkabentuk dengan mengambil kira keadaan hujan dan pembangunan masa depan;

2.  Kajian tanah (JKR/Mackintosh Probe) perlu dilaksanakan bagi menentukan kesesuaian jenis asas (bedding)      dan rawatan tanah yang sesuai di tapak.

3.  Garis Panduan penentuan jenis asas berdasarkan jenis tanah di tapak perlu diwujudkan;

4.  Dicadangkan menggunakan cast-in-situ box culvert. Jika menggunakan precast, pastikan tidak akan    berlaku kebocoran pada sambungan;

5.  Standard drawing untuk precast box culvert belum ada dan perlu diwujudkan;

6.  Semasa penyerahan siap, perlu disertakan laporan rekabentuk bagi memudahkan semakan terhadap parameter yang digunakan bagi tujuan senggaraan;

7.  Rekabentuk inlet dan outlet perlu berdasarkan kepada keadaan tanah dan tapak, seperti penggunaan stone        mattress serta penentuan saiz headwall / wingwall;

3,960 points
selected by
5 votes
Soalan ini amat menarik minat saya.

Saya pernah terlibat dalam pembinaan beberapa pembentung yang agak besar dikawasan Pelabuhan Klang semasa menjadi pagawai penyelenggaraan di FT20 yang pada ketika itu dibawah kawalan LLM kerana ianya jalan bertol.

Pada pandangan saya semasa meneliti lukisan kerja yang dibekalkan, kegagalan culvert pada kawasan penyambungan sepatutnya tidak berlaku. Seingatan saya, (maklum dah lama tidak tengok drawing culvert) setiap penyambungan adalah perlu disertakan dengan pemasangan balutan konkrit yang telah dikuatkan dengan membalut BRC pada sambungan dan konkrit gred 30 digunakan bagi menutup sambung tersebut. Malah adakalanya terdapat keperluan untuk mengadakan kotak bentuk semasa melakukan kerja-kerja konkrit di kawasan sambungan. Selain alas konkrit yang tegar terdapat juga kawasan yang dipiling.

Namun bila berpeluang melihat beberapa kegagalan culvert dibeberapa jalan lain, saya dapati keadah penyambungan sedemikian tidak dilaksanakan. Malah ada culvert yang langsung tiada konkrit alas. Seolah-oleh cuma diletak diatas tanah dan terdapat sedikit konkrit dikawasan sambungan. Malah kerja-kerja sambungan juga tidak di "filler" dari dalam sehingga air boleh keluar dan menghakis bahagian bawah culvert.

Paling mudah tengok cara orang pasang longkang sekarang? mana pergi konkrit alas? Korek tanah, level pakai cangkul, taruk konkrit sikit, pasang longkang,taruk balik konkrit kiri kanan, ikat batu, plaster, selesai... kadang bahagian antara sambungan sepatutnya disimen pun tidak dilaksanakan sehingga aliran air selalu tersangkut dan lepas ketanah sekeliling..

Apa yang saya ingin utarakan disini, pada pandangan saya, jika kontraktor yang memasang culvert tersebut telah mengikuti sepenuhnya cadangan yang dikemukakan dalam lukisan pemasangan culvert, isu sambungan tidak kukuh tidak akan timbul.

Betullah seperti yang dicadangkan, adakalanya kita perlu kembali kepada "asas" sebelum melangkah lebih jauh. Berhati-hati semasa pembinaan akan mengurangkan risiko kecacatan pada masa yang akan datang.
30,610 points
0

Satu penerangan yang agar jelas. Persoalan sekarang adalah apakah pihak JKR tidak ada candangan untuk membuat perubahan terhadap sistem pembinaan yang konvensional ini kepada satu sistem pembinaan dimana unit-unit pembetung pra-tuang ini dibekalkan external post-tensioning system supaya pemyambungan antaranya akan menjadi lebih kukuh dan kuat demi mengatasi masalah pemendapan yang tidak seimbang?

0

Mungkin mahal jika gunakan kaedah external post-tensioning system

Yang penting method statement mengikut spesifikasi dan kerja-kerja kontraktor dipantau dari mula lagi semasa korekan tanah dijalankan, kaedah pemadatan tanah dilakukan dengan betul dan sepertimana tuan  Muham Zaini Hamzah ulas...

5 votes
Apabila precast unit (PCU) untuk culvert gagal akibat mendapan yang tidak setaram kegagalan adalah berpunca dari ketidakupyaan sambungan ini untuk mengatasi daya tegangan yang terjadi akibat momen yang terbentuk. Pada  hemat saya, untuk mengatasi masalah kegagalan culvert akibat mendapan tidak setara ini, ada dua cara:

i) Memperbaiki rekabentuk sambungan dan membuat detailing yang sesuai. Kaedah ini amat sukar utk dicapai memandangkan detailing untuk menjadikan PCU menjadi satu unit culvert adalah tidak practical. Jika dilihat pada bangunan IBS, sambungan pada komponen IBS adalah sambungan mudah dan tidak membabitkan pindahan momen.

ii) Menghalang dari berlakunya mendapan tidak setara dengan menyediakan asas culvert yang kukuh. Ini boleh dilaksanakan dengan menyediakan asas cerucuk jika keadaan tanah tidak mengizinkan ataupun,memastikan kerja-kerja penyediaan tapak utk culvert ini disediakan dengan sebaik mungkin berpandukan kepada rekabentuk yang baik. Masalah yang berlaku sekarang kebanyakan nya berpunca dari kegagalan pihak pembina tidak melaksakan kerja dengan betul berpandukan spesifikasi JKR yang sememangnya adalah yang terbaik di rantau ini. Perhatian juga harus diberi  untuk menghalang dari berlakunya kebocoran di sambungan ini yang boleh melemahkan kapasiti daya tanggungan tanah.
38,440 points
2 votes
Sebaiknya ikut tatacara kerja (method statement) yang betul di tapak berserta ujian -ujian yang sepatutnya di dalam spesikasi dan ITP. Penggunaan lean concrete yang tebal mungkn dapat mengurangkan mendapan tidak setara.
1,790 points
...