search
Log In
13 votes
64 views
Soalan berkenaan keperluan mendapatkan Sijil Perakuan Bomba bagi projek bangunan termasuk dalam kontrak ataupun tidak telah ditanya seperti berikut:- http://jcop.vms.my/qa/index.php/2750/keperluan-mendapatkan-perakuan-bangunan-termasuk-kontrak.

Persoalan seterusnya, bagi mana-mana projek Conventional (DLP 1 tahun) mahupun Design & Build (DLP 2 tahun), siapakah yang bertanggungjawab untuk mendapatkan pembaharuan perakuan BOMBA yang perlu dilakukan setiap tahun? Kementerian Pelanggan? Kontraktor Utama? Sub-Kontraktor? Konsultan? ataupun JKR? untuk sepanjang tempoh DLP....
in Mechanical 14,020 points 28 46 82

1 Answer

5 votes

Pada masa ini pemilik bangunan yang bertanggungjawab keatas pembaharuan sijil Perakuan Bomba dan seperti yang sedia maklum semasa submission kepada BOMBA ,ST atau JKKP nama pemilik bangunan perlu dicatatkan dalam borang berkaitan dan sijil juga akan dikeluarkan diatas nama agensi/jabatan kerajaan berkaitan. Lazimnya di kontrak JKR samaada conventional atau D&B contract kita akan tekan keatas pematuhan kepada segala keperluan PBT semasa Pembinaan  tetapi soal pembaharuan tidak ditulis dengan jelas. Pembaharuan ini perlu dilaksanakan setiap tahun supaya untuk premis yang mempunyai Insurance Covering tanpa sijil perakuan Bomba , syarikat insuran tidak akan membaharui insurance premis tersebut.

Masalah yang timbul dalam kontrak JKR terutamanya dalam kontrak conventional adalah tempoh DLP mula setahun dari tarikh CPC dikeluarkan tetapi lazimnya tempoh DLP dilanjutnya kerana kecacatan yang masih tidak disiapkan oleh kontraktor utama dan CMGD tidak dapat dikeluarkan. Ini menyebabkan sijil perakuan Bomba akan luput  sahlaku dan perlu diperbaharui. Untuk mengatasi masalah ini adalah dicadangkan tindakan berikut:

1. Maklumkan kepada pihak Pemilik Bangunan bahawa sijil Perakuan Bomba Tahunan    perlu dilaksanakan oleh mereka semasa penyerahan bangunan. JKR- CKM mesti memastikan semua  kecacatan keatas sistem pencegah kebakaran telah dibaiki sebelum pemeriksaan oleh Pihak Bomba semasa DLP. Juga membantu dan menasihati Pelanggan jika ada perubahan yang telah dibuat dalam susunatur pejabat yang mungkin akan menjejaskan Pembaharuan Sijil Perakuan Bomba

2. Mungkin terma dalam kontrak JKR perlu diubah untuk memasukkan klausa dimana Kontraktor Utama adalah bertanggungjawab untuk membaharui sijil perakuan Bomba jika dia gagal untuk menyiapkan kerja-kerja kecacatan dalam tempoh DLP dan dikehendaki memperbaharui semula semua sijil-sijil  Bomba, Lif dan sebagai sebelum CMGD dapat dikeluarkan oleh JKR.

3,400 points 4 23 27
...