search
Log In
15 votes
92 views
Adakah 'stump' itu semata-mata sebagai komponen atau elemen pengagihan beban sahaja atau adakah sebab-sebab lain ?
in Structure 1,960 points

1 Answer

10 votes
Soalan yang amat menarik perhatian saya terutama dalam keadaan sekitaran yang wujud berbagai analisis pra pembinaan seperti BIM dan sebagainya.

Secara praktikalnya, seperti semasa pengiraan rekabentuk, kewujudan stump perlu bagi memastikan ketepatan agihan beban terhadap tetopi cerucuk selain menjadi tanda aras semakan terhadap rekabentuk seperti punching shear , nilai ke sipian 'e' dan sebagainya semasa mereka bentuk tetopi cerucuk.

Selain itu juga, stump amat berguna untuk mengira laluan paip dan services yang akan lalu dibahagian bawah bangunan yang mana ketinggian stump berperanan agar paip dapat lalu tanpa bertembung dengan pile cap.

Perkara ini amat penting bagi paip air kumbahan kerana kebanyakkan paip kumbahan mengunakan princip graviti untuk berfungsi. Jadi jika secara anggaran, paip akan bertemu dengan pile cap, kedudukan pile cap boleh didalamkan dengan memanjangkan stump pada jarak yang besesuaian.
30,610 points
...