search
Log In
9 votes
24 views

Haruskah JKR kaji dan mengalakkan penggunaan White Concrete dalam pembinaan concrete barrier di selekoh jalan, median, jejambat dan jambatan yang memberi kesan penglihatan yang lebih tinggi terutamanya diwaktu hujan dan malam dimana ia mampu membantu dalam mengurangkan kejadian kemalangan serta mengurangkan kekerapan aktiviti mengecat yang berulangan dan seterusnya mengurangkan kos penyenggaraan?

in Bridge 43,480 points 103 180 306

1 Answer

2 votes
 
Best answer

Terdapat pro dan kontra pengunaan White Concrete barrier dijajaran jalan-jalan sedia ada.  Terutama jika warna putih itu adalah datang dari sapuan cat.

Semasa saya berkhidmat di konsesi pengurusan lebuhraya, mengecat barrier kekal seperti di median, jambatan dan jejambat adalah pilihan terakhir atau kerana permintaan bila jajaran memasuki kawasan perbandaran. Ini kerana bila cat digunakan sebagai kaedah "pantulan" terdapat kerenah dan menjadi rumit bila kerja-kerja pembersihan terpaksa dilakukan. Oleh yang demikian, dapat dilihat di kebanyakan lebuhraya barrier adalah tidak dicat bagi memudahkan kerja pembersihan dengan mengunakan pancuran air berkuasa tinggi. Bayagkan jika ada cat, pasti cat akan terkopek dan mencacatkan pemandangan serta kerja cat semula akan menjadi rumit kerana terpaksa membuang semula semua cat lama jika mahu permukaan yang sempurna setelah dicat baharu.

Namun tahap keselamatan dipertingkatkan dengan pengunaan reflective sticker yang berdensiti tinggi disamping pembersihan permukaan barrier dari lumut dan kesan hitam asap kenderaan.  

Jika tidak silap saya, permukaan konkrit yang dicat berwarna putih tidak memberi faedah yang banyak pada waktu malam terutama ketika hujan. dan ini berbeza dengan cat putih pada permukaan jalan kerana, cat putih pada permukaan jalan themorplastik mempunyai kandungan manik-manik atau reflektor bead yang dimasak sekali bersama kandungan themor plastik. Kerana itu, cat jalan jenis sapuan pun tidak mempunyai kesamaan properties dibanding dengan cat themor plastik.

pada pandangan saya, pengunaan white cement yang akan mencerahkan konkrit adalah baik selagi tidak mengurangkan kekuatan ciri konkrit dan yang paling penting ialah penyelenggaraan yang kerap bagi semua elemen jalanraya. Malah jika diperhatikan, amat sukar untuk melihat penyelenggaraan griding tepi jalan dilaksanakan sekarang sehingga menyebabkan air bertakung atas jalan kerana jalan telah menjadi lebih rendah dari kawasan sekeliling kerana tiada kerja-kerja grading bahu jalan dilaksanakan dijajaran tersebut.

Perkara ini dapat dilihat dengan keadaan parapet jalan dan jambatan yang hitam legam tanpa perhatian dari pihak yang berkenaan untuk melaksanakan penyelanggaraan. Jika penyelanggaraan dilaksana secara sempurna, semua elemen dapat berfungsi dengan baik seperti yang telah direka bentuk dan mampu bertahan lama.

33,450 points 16 57 146
selected by
0

Memang tujuan dengan penggunaan white cement based concrete adalah keinginan untuk mengurangkan kos penyenggaraan, maka persoalan yang membabitkan penggunaan cat tidak timbul. Kekutana konkrit yang berasaskan white cement juga tidak akan tergugat.

Penggunaannya pernah dilaksanakan di Sungai Buluh terdekat dengan lokasi kejadian kemalangan yang kerap. Ia cuma satu pengesyoran yang memerlukan kajian dan perbandingan kos.

...