search
Log In
13 votes
76 views

Mohon pandangan sahabat2 forum JCOP mengenai situasi ini. 

Adakah juga terdapat di dalam mana-mana piawaian atau BS/EC dinyatakan tentang hot bend ini ? 

Seterusnya, sekiranya ada, di dalam Clause atau Klausa manakah yang terpakai untuk kes ini sekiranya berlaku di tapak-tapak bina yang menggunakan IBS?

Mohon pandangan sahabat2 forum JCOP untuk memberikan pandangan. 

in Structure 1,960 points

3 Answers

4 votes
 
Best answer
Adalah tidak wajar jika membengkok starter bar dengan kaedah hot bend kerana ia akan menjejaskan mechanical properties besi tetulang tersebut. Susulan kepada tindakan tersebut yield strength, tensile strength dan toughness starter bar itu turut akan merosot dan seterusnya memendekkan serviceable life span struktur tersebut.

Tindakan hot bend itu juga akan menghancurkan passive layer starter bar tersebut sehingga ia mampu mempercepatkan proses kekaratan starter bar itu ketahap yang mampu merosotkan ketahanlasakan struktur berkenaan.
39,750 points
selected by
0
Many thanks Sir for the insightful post!
5 votes

Dalam JKR standard 2015 menyatakan sebarang pengunaan haba melebihi 100 darjah perlu

 mendapat kelulusan SO dan setiap bar yang telah dibengkokkan tidak boleh diluruskan semula kecuali sebahagiannya telah ditana didalam konkrit. Berikut adalah apa yang terdapat dalan JKR Standard Section D, Concrete berkenaan perkara berikut:

6.3.1.2 

Bars shall be cut and bent cold by the application of slow, steady
pressure or in an approved bar-bending machine. Bending at
temperatures in excess of 100ºC may only be carried out with the
S.O.'s approval and under his supervision. Except where otherwise
indicated in the Drawings, bars shall be bent and measured in
accordance with BS 4449.

 

6.3.1.3 

Cold worked and hot rolled bars shall not be straightened or bent
again once having been bent. Where it is necessary to bend the free
end of mild steel reinforcement already cast in the concrete, the
internal radius of the bend shall not be less than twice the diameter
of the bar

 

30,610 points
2 votes
Tuan,

Possible tak kalau kita gunakan coupler untuk selesaikan isu ini?
1,870 points
0
Penggunaan coupler adalah merupakan satu kaedah alternatif dari penggunaan jarak tindihan tetulang bagi menyalurkan daya dari satu tetulang ke tulang yang akan disambung. Walaubagaimanapun, pemilihan coupler yang tepat adalah penting bagi memastikan kesemua daya dapat dipindahkan.
...