Untuk struktur keluli yang menggunakan sambungan kimpalan, bagaimana kita menentukan kekuatan kimpalan yang dibuat tersebut adalah memenuhi kekuatan rekabentuk yang diperlukan

+13 votes
55 views
asked Apr 4, 2017 in Structure by Ezo (660 points)
edited Apr 4, 2017 by Ezo
Untuk struktur keluli yang menggunakan sambungan kimpalan, bagaimana kita menentukan kekuatan kimpalan yang dibuat tersebut adalah memenuhi kekuatan rekabentuk yang diperlukan.  Apakah terdapat ujian khas perlu dijalankan atau pihak fabrikator perlu mengemukakan certificate tertentu untuk mengesahkan kekuatan kimpalan tersebut.

4 Answers

+3 votes
answered Apr 5, 2017 by Muham Zaini Hamzah (28,760 points)

Kimpalan bagi struktur perlu dilaksanakan oleh mereka yang mempunyai sijil kompeten yang sah dan dikeperakukan oleh badan tertentu seperti SKM, SKK atau Petronas atau mana-mana badan yang sah.

Ada dua jenis test.. musnah atau tidak musnah... pengalaman saya ialah bagi menguji kimpalan..

1. Memastikan tebal kimpalan 'welding throat' menepati lukisan 

2. Melaksanakan ujian resapan bahan dan mengunakan cecair mudah meresap bagi memastikan tiada keretakan pada kimpalan. 

Walau bagaimana pun jika masih ragu-ragu bolehkah laksanakan ujian musnah seperti 'bending test' atau sebagainya.

+3 votes
answered Apr 5, 2017 by TanCK (23,160 points)

Sekadar berkongsi….

Kalau ikut amalan kerja kimpalan struktur keluli, kesemua welder yang dilantik harus mempunyai sijil yang mengesahkan kelulusan mengikut jenis kempalan yang diperlukan. Kesemua welder perlu melalui kursus khas dan ujian yang ditentukan oleh Welding Institute of Malaysia demi mengiktiraf mereka sebagai seorang welder yang sah.

Ujian kimpalan pulah akan dibahagikan kepada dua jenis:-

  1. Destructive.
    1. Kebiasaannya dilaksanakan oleh 3rd party tester yang bertauliah seperti SIRIM dll.
    2. Ujian ini kebiasaannya dilaksanakan sebagai satu ujian terhadap kualiti bahan dan kerja kimpalan ikut rekabentuk.
    3. Contoh ujian yang dilaksanakan adalah seperti:-
      1. Pull-Off Test.
      2. Back Bend Test.
      3. Nick Break Test.
      4. Tensile Strength Test.
    4. Ujian tersebut lebih juga tersasar kepada kualiti yang dilaksanakan oleh welder yang dilantik mengikut kelulusan mereka demi menjamin bahawa kualiti output mereka adalah sejajar dengan kelayakan sijil mereka sebagai seorang welder yang sah.

  1. Non-destructive.
    1. Kebiasaannya dilaksanakan oleh tester yang bertaulih dikalangan makmal yang telah mendapat pengiktirafan yang sah.
    2. Ujian kimpalan ini kerap dilaksanakan dikilang pemasangan struktur keluli dan ditapak jika perlu.
    3. Ujian ini lebih pada jaminan kualiti kimpalan demi mengesahkan bahawa kerja tersebut adalah bebas dari sebarang kecacatan kerja kimpalan.
    4. Contoh ujian yang dilaksanakan adalah seperti:-
      1. Magnetic Particle Test.
      2. X-ray test.
      3. Fluorescent Penetrant Test
      4. Eddy Current (Electromagnetic) Testing
+2 votes
answered May 24, 2017 by mzaini (2,030 points)

1. Welding mesti dibuat oleh qualified welder ( level 2G hingga 6G)...level 6G gaji paling mahal ... kalau bangladesh buat kerja welding tidak pasti pulak level berapa dia qualified......dan kalau boleh tanya dia WPS yang mana satu yang digunapakai

2. Proses welding mesti ikut Welding Procedure Specification (WPS)... dlm WPS ini semua telah digambarkan antaranya siapa layak welding,...welding jenis apa akan digunakan...., jenis sambungan,..standard apa perlu comply( etc american society of mechanical engineer /ASME..American Welding Society/ AWS

3. Ujian pelbagai ...antaranya x-ray( ujian tanpa musnah)  biasanya ditapak( random) ...dibuat oleh welding inspector ( bertauliah) ..x-ray boleh nampak kecacatan pada hasil welding/sambungan 

+1 vote
answered Jan 11 by farizs (3,410 points)
Rujuk Garis Panduan ITP oleh JKR Malaysia
...