search
Log In
13 votes
30 views
Harus dan perlukah kakitangan yang terlibat dengan proses dan prosidur perlaksaan projek jalan sehingga tahap perwartaan, penggunaan dna penyenggaraan merujuk dan dengan jelasnya mengarifi kandungan yang berkaitan dalam kedua-dua Akta 376 (Akta Jalan Persekutuan 1959) dan Akta 333 (Akta Pengangkutan Jalan 1987)?
in Stakeholders Management 43,480 points 103 180 306
0
Adakah soalan tuan;

1. Penglibatan kakitangan JKR di dalam proses pewartaan projek jalan yang telah siap dilaksanakan merujuk kepada Akta 376 & Akta 333?

2. Tahap pemahaman kakitangan JKR mengenai Akta 376 & Akta 333 di dalam proses pewartaan jalan dan kerja penyenggaraan?

3. Tahap pemahaman kakitangan JKR mengenai Akta 376 & Akta 333 itu sendiri?
0

Ya.....ketiga-ketiga soalan itu penting dan kefahaman yang jelas adalah wajar supaya proses perlaksaannya lebih mudah dan tepat.

Haruskah kita melaksanakan perwartaan selepas penerimaan projek sepenuhnya secara sah selepas kesemua NCR ditutup dan CMGD telah dikeluarkan?

Atau.....

Melaksanakan proses perwartaan itu sejurus penyerahan dilaksanakan walaupun penerimaan projek melalui proses audit penyerahan belum disempurnakan sepenuhnya?

0

Haruskah kita melaksanakan perwartaan selepas penerimaan projek sepenuhnya secara sah selepas kesemua NCR ditutup dan CMGD telah dikeluarkan?

Adalah wajar mewartakan juga lebar jalan bagi tujuan memastikan rizab lebar jalan dikawal sepenuhnya oleh KKR disebabkan peruntukan utk pengambilan balik tanah telah dibiayai oleh persekutuan. Disamping dapat mengawal pemasangan billboard haram di dalam rizab serta persempadanan senggara jalan yang jelas. 

0

Satu penerangan dan syor yang bagus dan jelas sekali berkaitan dengan isu pengambilan tanah ikut rizab jalan.......

akan tetapi.....

persoalan saya berkaitan dengan timing yang bersesuian untuk mewartakan jalan projek baru melalui proses penyerahan masih tidak diperjelaskan dan dijawab.

0
3 bulan sebelum CPC dijangka akan dikeluarkan

Please log in or register to answer this question.

...