Rujukan Pertama :
1PP - WP 4.1 Pengurusan Kenderaan Kerajaan
Tempat Simpanan Kenderaan
17.1 Semua Kenderaan Kerajaan kecuali Kereta Rasmi Jawatan hendaklah disimpan di dalam kawasan pejabat yang mempunyai perlindungan berbumbung semasa tidak digunakan, kecuali sekiranya kemudahan tersebut tidak dapat disediakan. Jabatan yang mempunyai bilangan kenderaan yang besar sebolehbolehnya menyediakan depoh kenderaan.
Rujukan Kedua :
GARIS PANDUAN DAN PERATURAN BAGI PERANCANGAN BANGUNAN OLEH JAWATANKUASA KECIL PIAWAIAN DAN KOS BAGI JAWATANKUASA PERANCANG PEMBANGUNAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2005
4.2 PENYEDIAAN TEMPAT LETAK KERETA
a. Piawaian yang dibenarkan bagi menyediakan tempat meletak kereta adalah seperti berikut:-
Kegunaan Bangunan (Piawaian Minimum)
(i) Pejabat Kerajaan -sebuah/100.0 m.p. dari jumlah keluasan bangunan
(a) Semua pejabat Kerajaan tidak dibenarkan mengadakan tempat meletak kereta yang berbumbung kecuali bagi:
Ketua dan Timbalan Ketua - Kementerian/Jabatan/Agensi dalam Kumpulan Pengurusan dan Professional
(b) Hanya kenderaan Kerajaan sahaja dibenarkan disediakan tempat letak kereta berbumbung selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1980.