search
Log In
12 votes
45 views
in Assets & Facilities Management 340 points 3 3 5

2 Answers

5 votes
Boleh perincikan lagi soalan puan? Cawangan Jurukur Bangunan?
5,440 points 12 26 74
0
Untuk makluman tuan, di JKR mempunyai seramai 42 orang Jurukur Bangunan dan tugasan mereka antaranya menyediakan dasar bagi pelaksanaan pengurusan aset, membantu dalam menyelaras aktiviti pengurusan aset di JKR & di Kementerian-Kementerian serta menentukan tahap prestasi aset bangunan JKR mahupun kementerian yang memohon (aset tak alih).

Majoriti Jurukur Bangunan adalah di Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu dan ditempatkan di JKR Negeri dengan tujuan utamanya bagi membantu Ketua CPAB yang bukan Jurukur Bangunan dalam apa sahaja bidang yang berkaitan dengan Pengurusan Aset. Tanggungjawab JKR pula selaku Urusetia Pengurusan Aset Kerajaan telah digalas sejak tahun 2008.

Untuk makluman tuan juga, di ketika ini, pelaksanaan pemeriksaan keadaan bangunan sediada dan pengurusan aset tak alih di JKR mahupun di kementerian-kementerian pelanggan dilaksanakan oleh kakitangan dengan majoriti kakitangannya adalah disiplin Awam di JKR Negeri/Daerah mahupun di  JKR Ibu Pejabat. Oleh itu, hasrat atau cadangan dalam mewujudkan Cawangan Jurukur Bangunan adalah di mana ianya selari dengan tugasan selaku urusetia Pengurusan Aset, pematuhan terhadap Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih dan Garis Panduan Pemeriksaan Penilaian Keadaan Bangunan melalui Surat Arahan KPKR Bil.5 Tahun 2014 di mana pelaksanaan aktiviti tersebut dapat diperkasakan dengan adanya cawangan tersebut dengan bilangan kakitangan yang mencukupi.

Walau bagaimanapun, fokus kerja bagi cawangan tersebut perlu diperhalusi dan tugasan atau tanggungjawab mereka perlu selari dengan KPI JKR dan KKR.
5 votes
Saya amat menyokong idea ini kerana pada masa sekarang majoriti Jurukur Bangunan ditempatkan di CPAB, yang mana sepatutnya Jurukur Bangunan bukannya membuat kerja-kerja assets management, sebaliknya lebih kepada kerja-kerja pemeriksaan bangunan untuk tujuan penyenggaraan.

Oleh itu sudah sampai masanya Cawangan Jurukur Bangunan diwujudkan di JKR demi memperkasakan profesion ini setanding dengan golongan profesional yang lain seperti Jurutera, Arkitek dan Jurukur Bahan.
1,710 points 3 6 20
0

Saya sebagai Juruukur Bangunan berdaftar sehingga kini masih lagi tidak nampak ketegasan dari semua pihak yang terlibat dalam industri pembinaan, pemajuan pembinaan, penyelenggaraan dalam memperkasakan profession Juruukur Bangunan di negara ini.

Diharapkan pihak kerajaan dapat membantu dan melihat potensi serta memberi peluang kepada Jurukur Bangunan Berdaftar untuk memainkan peranan dalam industri ini.

Terima kasih

Sr MOHD KAMAL ARIFIN ABDUL RAHMAN 

...