search
Log In
10 votes
50 views
in Human Resource Management 1,710 points 3 6 20
0

Pada pendapat saya sudah tiba masanya JKR merangka pelan bagi mewujudkan Cawangan Ukur Bangunan..ini adalah kerana ianya selari dengan tugasan selaku urusetia Pengurusan Aset, pematuhan terhadap Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih dan Garis Panduan Pemeriksaan Penilaian Keadaan Bangunan melalui Surat Arahan KPKR Bil.5 Tahun 2014 di mana pelaksanaan aktiviti tersebut dapat diperkasakan dengan adanya cawangan tersebut dengan bilangan kakitangan yang mencukupi.  Selain penempatan ditempatkan dibawah satu bumbung, pengambilan baru bagi PnP dan sokongan juga perlu diambil kira.
Peranan, Skop Bidang dan Kompetensi Juruukur Bangunan di JKR Malaysia juga telah dibangunkan oleh  Urusetia Jawatankuasa Kerja Ukur Bangunan JKR MALAYSIA spt berikut:
 

1.       Pengurusan Daftar Aset

       Pendaftaran/Inventori data

       Pelaksanaan & pemantauan

       Analisa data

       Pengurusan LSB/LT

 

2.       Pengukuran dan Penilaian Kondisi Bangunan

       Pemeriksaan Bangunan Sedia Ada - BCA

       Pemeriksaan Penerimaan Aset  - i.e. : Qlassic,

 

3.       Pengurusan Bangunan

       Kontrak Pengurusan Fasiliti

       Pengurusan Penyenggaraan - Am/Pembaikan/Pencegahan

 

1 Answer

1 vote
Pada pandangan saya, Cawangan Juruukur Bangunan tidak sesuai diwujudkan pada masa sekarang memandangkan ramai pegawai berjawatan Juruukur Bangunan ditempatkan di Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Ibu Pejabat JKR Malaysia dan jumlah Jurukur Bangunan hanya sekitar 50 orang
17,160 points 26 61 120
edited by
...