Cabaran penyenggaraan jalan di Malaysia.

+11 votes
63 views
asked Aug 31 in Assets and Facilities Management by zakizain (1,410 points)
Kos penyenggaraan jalan di Malsysia semakin meningkat setiap tahun tetapi peruntukan penyenggaraan yang diperolehi amat tidak mencukupi. Adakah pihak JKR dapat mengatasi masalah kekurangan peruntukan ini dengan melaksanakan transformasi berdasarkan inovasi yang dihasilkan oleh pegawai JKR?

4 Answers

+1 vote
answered Sep 7 by KHAIRUL AMIRUL (4,380 points)
Pada pandangan saya, kita dapat mengurangkan kebergantungan peruntukan dari KKR sekiranya kerja-kerja menampal lubang jalan, memotong rumput dan mencuci perabut jalan dilaksanakan sepenuhnya oleh pembantu awam JKR.

Ini hanya sekadar pandangan sahaja, mungkin pegawai lain boleh melontar idea yang lebih bernas dalam mengurangkan kebergantungan peruntukan KKR
+4 votes
answered Sep 12 by TanCK (17,870 points)

Memang benar kos penyenggaran akan meningkat setiap tahun, disamping itu trend ekonomi dunia sekarang juga mula beralihkan kearah konsep untuk mengelakan pembinaan jambatan baru kerana kekangan budget maka perhatian terhadap peningkatan sistem penyenggaraan jalan yang perlu  berteraskan lebih kepada membudayakan kaedah “lesser fund with bigger output” dalam perancangan proses penyenggaraan jalan demi mengekalkan jangkahayat ikut kehendak rekabentuk dan penggunaan.

Mungkin kini sudah tiba masa untuk kita kaji dan menilai semula keseluruahan proses dan amalan penyenggaraan untuk membolehkan kita adakan perubahan trend atau kaedah penyenggaraan baru demi memperkuatkan pengamalannya dengan berasaskan dan berteraskan kepada syor cadangan perkara-perkara berikut yang berpandukan kepada amalan Value Engineering Application.

Dasar dan panduan perubahan itu harus merujukan kepada fungsi setiap fasiliti, kehendak kualiti dan kos peruntukan yang ada supaya matlamat dan objektif asal JKR untuk menwujudkan rangkaian jalan yang selesa dan selamat digunakan dapat dikekal.

•   Cost Reduction Approach – Kaedah penyenggaraan ini beroperasi dengan kos peruntukan yang lebih rendah tetapi perlu mengekalkan kualiti dan fungsi fasiliti.
•     Functional Increase Approach – Kaedah penyenggaraan ini akan beroperasi mengikut peruntukan sediada tetapi berusaha untuk mencapai peningkatan kualiti dan kekalkan fungsi asal fasiliti.
•      Compound Approach – Kaedah penyenggaraan ini akan cuba untuk mengurangkan kos pembiayaan yang diperuntukan dan pada masa yang sama akan cuba untuk meningkatkan kualiti dan fungsi fasiliti.
•     Expanded Growth Approach – Kaedah ini akan berteraskan peningkatan kualiti dan fungsi fasiliti supaya output kerja penyenggaraan itu setanding dan seiring dengan peningkat kos peruntukan.

Susulan kepada syor cadanagn perubahan baru itu, maka kesemua jenis-jenis skop kerja penyenggaraan seperti berikut boleh dilaksanakan dengan kos yang lebih efektif tanpa mengabaikan kualiti dan kesejateraan pengguna jalan.
•    Penyenggaraan biasa.
•    Pembaikan biasa.
•    Rehabilitation.
•    Strengthening.

+3 votes
answered Sep 14 by farizs (2,290 points)
Pada pendapat saya, penyenggaraan jalan dapat diminimakan jika tindakan pencegahan awal segera dijalankan. Contohnya, penggunaan seal crack untuk permukaan jalan. Selain itu, faktor cuaca seperti hujan lebat yang mengakibatkan banjir juga punca kpd jalan rosak. Jalan mendap juga menyebabkan air bertakung dan merosakkan permukaan jalan. Risiko dan masalah ini sebaiknya dikenalpasti semasa lawatan tapak dan rekabentuk supaya langkah pencegahan dapat diambil dan mengurangkan kos penyelenggaraan di kemudian hari. Kos yang tinggi adalah melibatkan resurfacing/reconstruction jalan dan penggantian perabot jalan yang rosak.

Bagi menghasilkan inovasi yang dapat mengurangkan peruntukan penyenggaraan jalan mungkin terhad kepada penggunaan perabot jalan dan peralatan TMP semasa menjalan kerja. Pihak JKR boleh membekalkan peralatan TMP dan perabot jalan yang bersesuaian kepada pihak konsesi/kontraktor yang menjalankan kerja.
+1 vote
answered Oct 3 by Muham Zaini Hamzah (26,620 points)
Sebagai antara mereka yang pernah secara langsung terlibat dalam unit penyelenggaraan di jalan dan lebuhraya bertol dibawah seliaan Lembaga Lebuhraya Malaysia, kos penyelenggaraan adalah isu yang utama dan menjadi penyebab utama kepada asas kenaikan tol.

Rekabentuk dan kaedah penyelenggaraan lebuhraya bertol adalah jauh melebihi standard jalan-jalan raya kelas lain di Malaysia. Namun masih tidak kebal kepada kerosakkan walaupun perbagai regim penyelenggaraan dan kajian penyelenggaraan yang perlu dilaksana dan dihantar saban tahun kepada LLM.

Kenapa?

Antara penyebab utama ialah kenaikan Axle load yang sukar diramal semasa rekabentuk jalan dilaksanakan. Jika ini berlaku maka tidak terkejut jika penyelenggaraan jalan tersebut akan menjadi sukar dan berkos tinggi.

Pada pandangan saya, inovasi mungkin dapat menjimatkan kos bagi membaiki kerosakkan sekarang yang bercorak setempat dan tertentu sedangkan kerosakkan adalah disebabkan oleh perbagai faktor secara langsung dan tidak langsung dalam menyumbang kepada kerosakkan tersebut.  Apa yang perlu sebenarnya ialah keupayaan untuk mengubah sikap yang kita hanya perlukan peruntukkan pembangunan tanpa mengira kos selenggara. Ini bermakna, semasa laporan dalam kajian awal pembangunan jalan tersebut, perlu dinyatakan kos penyelenggaraan seperti yang cuba diamalkan dalam RMK 11 dimana kos akan dikira senhingga jangkauan jangka hayat sesuatu eset/fasiliti itu dibina. (konsep J10)

Sekadar pandangan...
...