search
Log In
13 votes
62 views
Apakah maksud 'kelulusan SO untuk VO'? adakah meluluskan skop kerja dahulu tanpa perlu tunggu peruntukan tambahan diluluskan/ada (bermakna peruntukan dimohon selepas skop kerja dilulus/dipersetujui untuk dilaksanakan) atau SO perlu menunggu ada peruntukan terlebih dahulu barulah SO akan luluskan VO yang dimohon oleh kontraktor.
in Cost Management 270 points 2 2 4

1 Answer

7 votes
 
Best answer

Selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP), Klausa 202.2 berkenaan Arahan Perubahan Kerja arahan jelas menyatakan bahawa sebelum mengeluarkan sebarang APK, pegawai bertanggungjawab / SO hendaklah memastikan kerja tersebut adalah perlu dan terdapat peruntukan yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan tambahan bagi sesuatu kerja dan kelulusan hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada pihak berkuasa melulus diperingkat yang berkenaan.

Walaubagaimanapun, berikutan dengan arahan terbaru Kementerian Kewangan mengenai mekanisme kawalan perbelanjaan bagi projek fizikal dan pembatalan kelulusan permohonan APK secara prinsip maka satu kaedah dan prosedur baru telah ditetapkan sebelum sesuatu APK dikeluarkan. 

Untuk maklumat lanjut boleh lihat SAKPKR BIL. 10/2017 di sini :-

https://www.jkr.gov.my/apkpkr/pdf/SA%20KPKR%20Bil%2010%20Tahun%202017.pdf

Harap penjelasan ini dapat membantu. Terima kasih.

10,020 points 14 31 59
selected by
0
Terima kasih Tuan atas perkongsian yang bermanfaat.
...