search
Log In
16 votes
144 views
Adakah pegawai JKR yang bidang tugasnya hanya sebagai auditor dalam projek Reka dan Bina patut dipersalahkan jika sesuatu projek tidak mencapai kualiti yang ditetapkan?
in Project Management 370 points 2 3 7

3 Answers

4 votes
Ada projek reka dan bina diselia oleh jkr daerah secara dalaman atas arahan pengurusan tertinggi /mengikut skop yang dijilidkan di dalam kontrak. adakah ini juga akan menyebabkan komplikasi jika ada isu2 kontraktual berbangkit?
5,440 points 12 26 73
1 vote
Tidak boleh dipersalahkan. Projek D&B pihak kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya memastikan kerja yang dilaksanakan berkualiti dan mengikut spesifikasi.
1,940 points 3 15 35
1 vote

Sekadar memberi pandangan.....

Sebelum kita bincang tentang kesalahan, harus kita fahami jenis kontrak yang diamalkan terlebih dahulu untuk elak komplikasi perihal isu tanggungjawab. Sememangnya kerja pengawasan mengikut kehendak spesifikasi kontrak harus dilakasanakan dan dipertanggungjawabkan kepada Perunding berkaitan yang terikat dalam kontrak tersebut. Maka jaminan pembinaan berkualiti mengikut kontrak secara direct harus dipikul oleh perunding berkiatan. Peranan JKR dalam project team adalah indirect, tanggungjawab mereka lebih kepada memastikan perunding berkaitan melaksanakan kerja pengawasan mengikut kehendak kontrak demi menjamin output kualiti pembinaan. Maka wakil JKR perlu juga turun ke tapak untuk menyemak kualiti pembinaan secara berperingkat berasaskan kepada laporan yang dibentangkan oleh perunding. Secara otomatiknya JKR akan ada tanggungjawab terhadap kualiti pembinaan projek. Maka JKR juga akan dipersalahkan walaupun projek tersebut merupakan peojek Reka dan Bina andai kualiti pembinaannya adalah kurang.

41,870 points 103 172 285
0

Saya bersetuju sekiranya berlaku isu-isu berbangkit berkenaan kualiti pembinaan dalam projek R&B.. akhirnya Pegawai JKR di tapak akan turut dipersalahkan. Namun, kita perlu menerangkan dengan lebih jelas kepada pihak yang menyalahkan kita untuk lebih memahami perihal kontrak.

JIka dirujuk klausa 14.2 Syarat-syarat Kontrak (PWD FORM DB (Rev. 1/2010). D&B contract. Pihak kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku kerosakan/kecacatan yang disebabkan oleh kekurangan rekabentuk dan mutu kerja, bahan atau alat yang disebabkan kesilapan rekabentuk.

Diharapkan kefahaman yang jelas dapat disampaikan kepada pihak yang berkenaan.

0
Benar......namun project team juga akan rasa bahannya kerana they are part of key persons involving in the project.
...