Kelulusan Kebenaran Merancang "Bersyarat"

+7 votes
30 views
asked 6 days ago in Project Management by Dr. Zacx (650 points)

Adakah kelulusan kebenaran merancang "bersyarat" dikategorikan sebagai projek telah diluluskan sepenuhnya untuk dilaksanakan. Sesetengah pihak PBT memaklumkan kelulusan kebenaran merancang "bersyarat" bukan kelulusan tetapi masih dalam kategori gagal memenuhi syarat-syarat ditetapkan PBT. Kesannya apabila pembinaan dimulakan pelbagai syarat tambahan diberikan walhah projek telah dilaksanakan di tapak bina seterusnya memberi kesan kepada kos kontrak projek. Dengan kekangan dan had VO dibenarkan, masalah ini akan diletakkan kepada Pegawai Penguasa projek.

Apakah amalan terbaik JKR dalam mengatasi masalah ini?

1 Answer

+2 votes
answered 6 days ago by SKhadijah (2,100 points)

Untuk makluman, "kelulusan kebenaran merancang bersyarat @ KM bersyarat" tidak bermaksud KM telah diluluskan tetapi sebahagian syarat di dalam KM telah dipatuhi dan memberi masa kepada pemohon untuk mematuhi syarat sepenuhnya. Sekiranya pihak pemohon gagal mematuhi tempoh KM bersyarat tersebut, permohonan akan ditolak dan perlu masuk semula "que" untuk dibentangkan semula di dalam mesyuarat OSC.

Pihak pengurusan projek perlu memastikan KM telah diluluskan sebelum kerja - kerja di tapak dimulakan bagi mengelakkan VO atau lain - lain implikasi kontrak.

Mengikut amalan beberapa negeri setelah KM "penuh" diluluskan tiada syarat tambahan yang dibenarkan ke atas projek tersebut. 

Sebagai contoh;

KERAJAAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN 

SURAT PEKELILING SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR BILANGAN 1 TAHUN 2009 

 LANGKAH-LANGKAH TAMBAHAN KE ATAS PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN PUSAT SETEMPAT (OSC) DI SELANGOR

Perkara 4 (ii) Syarat-Syarat Tambahan 

Tiada syarat-syarat tambahan (super impose) boleh dikenakan oleh PBT atau Jabatan-jabatan Teknikal kepada pemaju/pemohon setelah kelulusan bersyarat diberi kepada mereka. 

commented 6 days ago by Dr. Zacx (650 points)
Secara praktikalnya, sepatutnya KM "penuh" diperolehi barulah projek dilaksanakan tetapi sebaliknya yang berlaku. Dimanakah silapnya dan adakah jabatan tidak mempunyai SOP untuk mendapatkan KM "penuh"?

1,186 questions

2,213 answers

798 comments

2,642 users

...