Keberkesanan "Value Engineering (VE)" dan "Value Management(VM)" ke atas projek pembinaan

+4 votes
15 views
asked 5 days ago in Value Management by Dr. Zacx (650 points)

Dalam jabatan telah diarahkan supaya projek-projek berskala besar diadakan Pengurusan Nilai atau Value Management (VM)  di peringkat perancangan.  Pengurusan Nilai atau Value Management (VM) sebagai salah satu wahana di dalam merancang pelaksanaan program dan projek Kerajaan. Namun begitu, hasil VM/VE tidak mencapai objektifnya di peringkat pelaksanaan (pembinaan) dimana sering berlaku percanggahan seperti terdapat item kerja tertentu yang perlu dibuat di tapak tetapi dibuang semasa VM/VE yang menyebabkan wujudnya VO. Kesannya, Pegawai Penguasa perlu bertanggungjawab di atas kewujudan VO walhah telah dibincangkan dalam VM/VE.

Apakah amalan terbaik jabatan untuk memastikan perkara ini tidak berlaku?

1 Answer

+1 vote
answered 5 days ago by RY (790 points)
Pertama sekali Value Management (VM) adalah terdiri daripada Value Assessment (VA), Value Engineering (VE) dan Value Review (VR).

1) Value Asessment (VA) ini sepatutnya dilaksanakan sebelum skop dimuktamadkan iaitu ianya dilaksanakan diperingkat kementerian (Pelanggan). Secara rumusannya, VA ini akan menghasilkan Brif dan Skop Projek, Peruntukkan Projek (Kos Siling) yang telah diluluskan bagi projek. Realitinya Brif dan skop projek serta siling peruntukkan telah ada dahulu baru dibuat VA. Ini menyebabkan terdapat skop yang tidak dapat dilaksanakan atas faktor kekangan siling peruntukkan yang disediakan. Mungkin ini juga berkemungkinan bakal menyebabkan VO diperingkat pembinaan.

2) Value Engineering (VE) pula adalah peringkat dimana projek dinilai dari segi keperluan kejuruteraan. Diperingkat ini kadangkala kos projek juga akan meningkat seperti contoh apabila kita ingin membina tangki air. Dalam brief cuma membina tangki air tetapi berdasarkan keadaan di tapak yang mana memerlukan pemasangan rumah pam dan keperluan penyambungan paip yang lebih panjang maka keperluan-keperluan ini perlu disediakan walaupun ianya merupakan tambahan kos terhadap kos asal. Namun begitu, apa yang sering berlaku semasa VE adalah maklumat perincian projek seperti "Clashing" untuk sistem mekanikal dan elektrikal dengan struktur tidak dapat diperolehi dengan tepat maka keputusan rekabentuk dalam VE tersebut juga tidak begitu menyeluruh. Selain itu, kehadiran wakil-wakil dalam bengkel tersebut juga memainkan peranan yang besar, kadangkala wakil telah memberikan persetujuan tetapi realitinya masih perlu melalui proses lain contohnya wakil bomba menyatakan sistem pencegah kebakaran hanya menggunakan smoke detector namun apabila projek ingin dilaksanakan perlu ditukar kepada sprinkler. Ada lagi beberapa contoh kes-kes yang berlaku semasa VE yang mana mungkin tidak cukup untuk saya nyatatakan disini. Tuan boleh rujuk kepada yang lebih arif berkaitan perkara ini. Saya hanya menyatakan pendapat saya.

3) Value Review (VR) pula adalah peringkat dimana kita menyemak semula VE yang telah kita putuskan sebelum ini yang mana biasanya permasalahan yang berlaku adalah disebabkan tempoh perlaksanaan VE dan VR ini adalah terlalu hampir yang mana masa untuk menyemak dengan lebih terperinci tidak dapat dilaksanakan dengan semaksima yang boleh.

Kesimpulannya, pada pandangan saya, banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya VO walaupun VM telah dilaksanakan. Best practise yang boleh dilaksanakan mungkin dengan membuat tracking terhadap program kerja kontraktor. Sekiranya "tracking" dan "Crushing"dapat dibuat oleh PTB maka agak sukar pihak kontraktor untuk memohon VO dan juga EOT namun apa yang berlaku, kita meminta pihak kontraktor untuk present kemajuan. Kalau saya jadi kontraktor, tentu saya akan tukar sedikit data progress kerja agar dapat dipaparkan tidak terlalu lewat.

Selain itu, mungkin VE boleh dilaksanakan selepas Lukisan Terperinci disiapkan agar persoalan seperti "tertingal", "tak cukup", "belum ambil kira" dan sebagainya dapat dikurangkan / dielakkan.

Sekian, TK
commented 5 days ago by Dr. Zacx (650 points)
edited 5 days ago by Dr. Zacx

Isunya beberapa skop yang telah ditetapkan dalam syarat Kebenaran Merancang dibuang semasa VM/VE. Apakah asas dalam membuat keputusan ini  dan ini semestinya dikategorikan VO kerana perlu dilaksanakan di tapakbina.

commented 5 days ago by RY (790 points)
Adakah syarat dalam KM tu telah dibincangkan dalam VE? Atau adakah terdapat keperluan tambahan yang mula dikuatkuasakan oleh PBT dalam syarat KM yang baru dimulakan pada tahun pembinaan bermula?

Jika tiada perubahan, seharusnya perlu dibincangkn dalam VE..dan kebiasaan VE memang akan masukkn syarat2 KM. Salah satu syarat utk KM perlukan lukisan infra (Civil) yang mana seperti sy ulas sebelum ini, jika lukisan terperinci dapat disediakan sebelum VE, perkara seperti keperluan KM pastinya akan turut dipenuhi. Cuma untuk menyediakan Lukisan Civil, ianya perlu Lukisan Konsep dan Awalan disiapkan oleh Arkitek. Kesimpulannya,   kena ada teamwork dan koordinasi yang berkesan agar segala keperluan KM dapat dipenuhi.

Isu berkenaan keperluan KM yang dibuang dari skop VE biasanya jarang berlaku kecuali terdapat option lain yang mana ianya turut dipersetujui oleh PBT berkaitan.

1,186 questions

2,213 answers

798 comments

2,642 users

...