Bagaimana ingin memanfaatkan BIM ( Building Information Modelling) dalam penyenggaraan fasiliti?

+4 votes
5 views
asked 5 days ago in BIM by alifshafiq13 (160 points)

1 Answer

+1 vote
answered 1 day ago by Muham Zaini Hamzah (25,860 points)

Berdasarkan pencerahan yang saya fahami semasa Seminar Pengurusan Fasiliti Sektor Awam 2017 yang di adalakan di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur pada 11 dan 12 September 2017, Brunsfield Group di Malaysia telah begitu advance atau sangat  terkehadapan dalam penggunaan BIM bermula dari peringkat perancangan sehinggalah kepengurusan fasiliti (penyelenggaraan) bagi bangunan-bangunan komersial dan kediaman yang mereka urus. Adalah diketahui, bangunan yang mereka bangunkan dan selenggara adalah jauh lebih kompleks dari bangunan sektor awam yang mana kos dan keuntungan menjadi keutamaan.

Pada pengamatan saya, ramai dikalangan pengurus fasiliti sektor awam pada ketika itu agak terkasima dengan pembentangan oleh wakil syarikat tersebut kerana pada ketika ini rasanya masih ada jurutera di Sektor Awam yang masih belum memahami konsep BIM dalam rekabentuk dan pembinaan bangunan dan apatah lagi penglibatan BIM dalam pengurusan fasiliti. 

Adalah amat baik jika pengalaman mereka (dalam negara sahaja) dapat dikongsi bersama dengan pengurus fasiliti sektor awam bagi manfaat bersama atau menghantar pengawai bagi latihan praktikal bagi membuka ruang dan lebih pemahaman dalam pengunaan BIM dalam pengurusan fasiliti.

...