search
Log In
23 votes
64 views
Untuk menuju ke arah negara maju, Malaysia telah melaksanakan kaedah perolehan secara PPP/PFI. Sehingga kini, terdapat projek-projek yang menjelang tempoh usia 10 tahun yang sepatutnya sudah boleh menampilkan pulangannya kepada Kerajaan atau Negara. Sejauh manakah kaedah PPP/PFI dapat menguntungkan negara ini?
in Procurement Management 7,990 points 40 48 66

2 Answers

2 votes
secara peribadi ......ROI lambat dan kos tinggi.

tetapi yang baiknya

1. Kerajaan tak perlu buat penyelenggaraan selama tempoh perjanjian ( 20-30 thn)...ditanggung oleh konsesi

2. Syarikat konsesi  ada kerja dan  boleh  sedia peluang pekerjaan  dan secara tidak langsung membantu menjana ekonomi negara
3,360 points 3 14 46
0
Terima kasih atas jawapan tuan,saya amat setuju atas peluang pekerjaan yang telah diwujudkan hasil daripada pelaksanaan kontrak secara kaedah PPP/PFI. Juga pelbagai jenis projek juga telah dilaksanakan di Malaysia,seperti Highway,Bangunan Hospital,Bangunan Sekolah,University dan lain-lain. Saya rasa seharusnya sebagai rakyat akan turut berasa bangga dengan kejayaan tersebut dan harus mendedahkan kejayaan tersebut khususnya dari segi ROInya..
3 votes

"PPP merupakan satu bentuk kerjasama di antara sektor awam-swasta di mana satu stand alone business diwujudkan, dibiayai dan diuruskan oleh sektor swasta sebagai satu pakej yang meliputi pembinaan, pengurusan, penyenggaraan, pembaikan dan penggantian aset sektor awam meliputi bangunan, infrastruktur, peralatan dan kemudahan"

Pada pendapat saya, semua kaedah perolehan yang dilaksanakan di Malaysia mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Satu kajian yang lebih terperinci diperlukan bagi menetapkan penanda aras yang bersesuaian untuk membandingkan kelebihan dan kelemahan setiap kaedah perolehan tersebut dalam tempoh masa 10 hingga 20 tahun.

Sebagai makluman, antara contoh projek PPP/PFI yang telah melebihi usia 10 tahun dan berjaya antaranya adalah seperti pembinaan Lebuhraya PLUS, pembinaan bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya, perkhidmatan SPANCO dan penggunaan Gas District Cooling di Putrajaya.

Walaubagaimanapun, harus diakui bahawa keberjayaan sesuatu perolehan itu sebenarnya adalah disumbangkan oleh Kontraktor/Syarikat yang memenangi kontrak tersebut dengan peratusan sumbangan antara 70% hingga 80%. Sekiranya sesuatu kaedah perolehan itu mendapat Kontraktor/Syarikat yang berprestasi tinggi dengan status kewangan yang kukuh, projek tersebut mempunyai kebarangkalian untuk berjaya yang tinggi.

14,020 points 28 46 82
0
Terima kasih tuan, jawapan yang sungguh bermanfaat, dengan mengambilkira penjanaan ekonomi secara makro negara, seringkali topik sebegini akan disusuli dengan persoalan bagaimanakah penentuan sesebuah syarikat yang berprestasi tinggi untuk tempoh masa yang panjang bagi sesebuah projek?Penilaian dibuat hanya pada 10/20 tahun yang lepas, daya/kekuatan kewangan sesebuah syarikat ditentukan melalui kaedah yang bagaimana? Sekadar pandangan,sekian terima kasih.
0

Soalan yang menarik. Tidak semua pegawai mengetahui dan mahir dalam perkara tersebut termasuk saya. Walaubagaimanapun, sedikit perkongsian berkenaan kekuatan kewangan sesebuah syarikat. Penilain kewangan bagi sesebuah syarikat dalam melaksanakan sesebuah projek boleh dilihat melalui cadangan cashflow (aliran tunai) syarikat bagi projek tersebut. Kebiasaanya secara umum kriteria yang akan dilihat adalah seperti Jenis Pinjaman, Kadar Pinjaman, Tempoh Pinjaman, Return of Investment (ROI), Pendapatan dan Belanjawan Syarikat dan Perbelanjaan Modal. Kebiasaanya kerajaan menetapkan ROI bagi projek konsesi tidak melebihi 10%. Oleh itu, kemungkinan suatu kajian boleh dibuat untuk melihat ROI syarikat bagi setiap perolehan kerajaan bagi menilai tahap prestasi sesebuah syarikat.

0
Saya sangat setuju pandangan tuan,dalam kes penentuan kebolehan dan daya kewangan sesebuah syarikat bagi sesebuah projek PFI/PPP, elemen teknikal juga hendaklah dititikberatkan sebab perubahan keperluan teknikal juga memberi impak tinggi kepada perubahan kos sejurus dengan perubahan ROI khususnya dalam penentuan perubahan teknologi yang cepat....kekadang syarikat konsesi tersebut enggan membuat perubahan semasa revise/review kontrak demi menjaga ROInya..sekadar pandangan..
...