search
Log In
22 votes
37 views
in Green 550 points 2 3 9

1 Answer

2 votes
 
Best answer
Diantara sumbangan JKR khususnya JKR WP Putrajaya ke arah mencapai polisi 'Putrajaya Greencity 2025 adalah:-

1. Melahirkan pegawai bertaraf QP MyCREST dan Accessor dibawah program CIDB.

2. Menambahbaik spesifikasi-spesifikasi yang terlibat bagi semua item di dalam bangunan Putrajaya dari masa ke semasa melalui kelulusan pihak pelanggan.

3. Mengatur, menguruskan dan memberi pendedahan kepada semua pihak yang terlibat di Putrajaya melalui program/ seminar/kursus bermotifkan 'Green'/carbon reduction etc.

4. Memberi kefahaman dan penjelasan kepada pihak pelanggan dan PBT yang terlibat melalui mesyuarat dan perbincangan berdasarkan kontrak semasa dan akan dilaksanakan akan datang.

5. Sentiasa memperbaiki mutu kerja pihak syarikat yang terlibat dalam penyenggaraan bangunan di Putrajaya.

6. Menaiktaraf aset dan peralatan yang telah rosak/ luput jangkahayat kepada peralatan yang berkonsepkan 'Green'/mesra alam sekitar sesuai dengan polisi semasa.

7. Sentiasa mengkaji dan menganalisa penggunaan tenaga semasa melalui sistem-sistem yang telah dibangunkan dan membuat rumusan ke atas pengurusan tenaga tahunan setiap bangunan yang terlibat di dalam Putrajaya.

8. Bekerjasama dari masa ke semasa dengan pihak PBT dalam memastikan objektif dan sasaran polisi Putrajaya Greencity 2025 dapat dicapai.
1,640 points 5 13 23
selected by
...