search
Log In
19 votes
37 views
Seperti yang sediamaklum bagi kontrak FMM 2016 tiadanya jawatan verifier didalam kontrak. Adakah releven dan praktikal bagi perkara ini memandangan "peranan" verifier itu perlu.
in Fixed Asset (Tak Alih) 1,560 points 5 9 18

1 Answer

3 votes

Merujuk kepada persoalan di atas, pada pengetahuan saya tiada istilah 'verifier' di dalam PWD FM  Form (2008 Edition). Namun jawatan 'verifier' masih ada di dalam kontrak dengan merujuk kepada Technical Specifications For The Comprehensive Facilities Management, Operation & Maintenance Of Government's Asset, Item 14.0 Inspector/Verifier For The P.D/S.O.

Begitu juga melalui Standard Form Of Contract For Facilities Management & Maintenance Form (2016), tiada istilah atau jawatan verifier digunakan di dalam klausa-klausa tersebut. Ianya hanya akan digunakan/tidak digunakan jawatan tersebut di dalam Appendix 7 (Government's Requirement) dan Appendix 7A (FMM Technical Specifications).

Langkah bagi mengatasi atau kesan implementasi tersebut mestilah telah diambil kira sebelum sesuatu keputusan itu dibuat.

Relevan dan praktikal hal ini adalah dengan melihat output daripada pematuhan tersebut.

1,640 points 5 13 23
...