search
Log In
14 votes
33 views
Apakah semua projek pembinaan JKR perlu menyediakan BS atau Euro codes yang berkaitan di pejabat tapak untuk dijadikan sebagai rujukan penting dalam proses pembinaan demi memudahkan pengawasan dan seterusnya mengawal kualitinya ketahap optima?
in Stakeholder Management (PM) 43,480 points 103 180 306

2 Answers

3 votes
 
Best answer
Apabila sesuatu standard, samada ianya Malaysian Standard (MS), Eurocode (EN) ataupun British Standard (BS), dirujuk di dalam spesifikasi JKR, maka pada dasarnya spesifikasi tersebut meminta JKR merujuk kepada standarad tersebut bagi mendapatkan maklumat yang lengkap bagi sesuatu perkara yg dirujuk.

Oleh yang yang demikian, adalah wajar bagi pejabat tersebut untuk memiliki standard yang dimaksudkan. Sekurang-kurangnya JKR sebagai satu jabatan harus mempunyai satu naskah baik di dalam bentuk hardcopy ataupun softcopy untuk digunapakai oleh warga JKR.

Adakah JKR mempunyai naskah ini? Saya percaya pejabat yang membuat spesifikasi tersebut mempunyai salinan standard tersebut dalam bentuk hard atau soft copy. Paling kurang, pegawai yang bertanggung-jawab membuat spesifikasi ada menyimpan secara peribadi.

Saya cadangkan naskah softcopy ini disimpan di J-Pedia utk rujukan pegawai di JKR.
45,490 points 22 91 219
selected by
2 votes
Standard Spec for Building Works 2014 untuk kerja bangunan  yang JKR telah keluarkan memang merujuk kepada beberapa rujukan piawai seperti AASHTO, ANSI, API, AS/NZS, ASTM, AWWA, BS, CNS, CP, DIN, EN, JIS dan MS. Ianya perlu dibaca bersama mengikut kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
17,700 points 15 45 120
0
Terima kasih terhadap penerangan berkaitan dengan jenis piawai.....akan tetapi soalan saya lebih menjurus kepada pihak mana yang sepatutnya membuat penyediaan piawaian tersebut ditapak....
...