Prosedur trial lay

+6 votes
18 views
asked Jan 10 in Pavement by ctnorfaizah (1,820 points)

Saya ingin bertanya mengenai prosedur trial lay.

  1. Bagaimana jika compaction melepasi tahap piawai tetapi grading atau bitumen content gagal? Bolehkah bayaran dibuat? Bagaimana jika trial lay tersebut gagal? Adakah bayaran tidak akan dibuat kepada kontraktor?

  2. Bagaimana pula jika compaction density gagal tetapi grading dan bitumen content lulus? Adakah trial lay tersebut dikira lulus atau gagal? Adakah bayaran boleh dibuat atau tidak?

  3. Jika core sample diambil dari 3 points, bolehkah bacaan coring dikira secara purata atau 1 point core hanya mewakili 1 point sahaja?

  4. Bagi grading, adakah dikira lulus jika maksimum 2 points sahaja yang terkeluar dari envelope? Jika lebih dari 2 points dikira gagal atau tidak?

1 Answer

+2 votes
answered Jan 11 by hizam (6,120 points)
edited Jan 12 by hizam
 
Best answer

Tiga perkara yang seharusnya diuji atau diperhatikan semasa trial lay;

1. Bahan

Grading dan bitumen content (mesti mematuhi JMF), air voids, Marshall stability dan flow.

2. Jentera

  • Paver - seharusnya tiada segregation, blemishes, stripes, ridges dan sebagainya di belakang paver, screed ada heater, tamping bar dan sebagainya.
  • Steel wheeled tandem roller - saiz, keadaan roller drums dan sebagainya.
  • Pneumatic tyred roller - saiz, tyre pressure dan sebagainya.

3. Kerja penurapan

Mixing, laying dan rolling temperatures, rolling pattern, compacted density dan thickness.

Jika compaction ok tetapi bitumen content tinggi, boleh menyebabkan bleeding, rutting.

Jika compaction tidak ok tetapi grading dan bitumen content ok? Compactive effort tidak  cukup, mungkin rolling temperature rendah, rolling pattern tidak sesuai.

Semasa trial lay, minimum 20 tan, lay katakan dalam 40 m, biasa ambil 3 sampel dari trial lay itu. Ambil purata. Actual laying di tapak baru kita ambil 1 sampel per 500 sq.m (ikut SPJ) atau 1 sampel per 250 lane-m (ikut PQP senggara jalan).

Bagi ujian grading, satu point pun tidak boleh keluar dari Job Mix Formula (JMF) envelope sepertimana ditetapkan dalam SPJ “the S.O. final approval of the job mix formula shall bind the contractor to produce asphaltic concrete mixes confirming to the precise gradation and bitumen content specified in the formula" dalam toleransi yang dibenarkan sepertimana ditetapkan dalam SPJ Table 4.3.6.

1,395 questions

2,402 answers

934 comments

3,084 users

...