search
Log In
12 votes
38 views
in Pavement 3,420 points 11 32 35

2 Answers

5 votes
Kebiasaannya, jalan kampung dibina dengan rekabentuk struktur pavemen yang standard - 50 mm asphalt wearing course di atas 150 mm crusher-run roadbase. Struktur pavemen seperti ini sesuai untuk trafik yang rendah. Namun jika jalan tersebut mula dilalui oleh lori-lori besar mengangkut buah kelapa sawit umpamanya tanpa kawalan, jalan itu sudah tentu akan cepat rosak. Asphalt yang dihasilkan melalui rekabentuk (mix design) dengan menggunakan kaedah 35-blows berbanding 75-blows (yang dikatakan kurang sesuai bagi jalan kampung) akan mengandungi bitumen lebih tinggi tetapi nilai Marshall stability lebih rendah dari kaedah 75-blows (yang biasa digunakan untuk jalan utama). Namun tahap pemadatan ke atas asphalt lebih mudah dicapai di tapak penurapan bagi rekabentuk 35-blows berbanding 75-blows. Tetapi apa akan jadi jika turapan dengan pemadatan yang rendah dibuka pada kenderaan berat? Sudah tentu turapan itu akan cepat rosak. Walau bagaimanapun, jika jalan kampung sedia dibina dengan roadbase yang lebih tebal dan asphalt sedia direkabentuk dan dipadatkan bagi menampung beban trafik yang lebih tinggi, jalan tersebut tidak akan cepat rosak sekalipun dilalui oleh kenderaan berat.
14,930 points 4 28 72
0 votes
Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini sewaktu kader di KKLW, jalan kampung cepat rosak kerana ianya turut dilalui oleh kenderaan2 berat seperti lori 3 tan dan keatas, machinery2 seperti excavator, backhoe & etc yang digunakan bukan saja oleh penduduk kampung tetapi oleh pembalak2/ kontraktor2/ peladang2 yg melalui jalan tersebut sebagai laluan singkat/ laluan lebih baik ke lokasi2 lain di kawasan sekitar. Sekiranya jalan ini dilimitkan untuk penggunaan kenderaan ringan sahaja pasti ianya lebih tahan lama memandangkan rekabentuk jalan kampung adalah paling minimal berbanding pembinaan jalan luar bandar dan jalan2 arteri yang lain.
560 points 2 2 5
0
Usahkan jalan kampung, laluan utama pun seperti tidak terkawal isu overloading ni.
...