search
Log In
21 votes
70 views
Penyelenggaraan jalan di Malaysia terbahagi kepada penyelenggaraan di bawah JKR Negeri, JKR Persekutuan, Majlis Perbandaran dan juga konsesi.

Walaubagaimanapun, jika disebut jalan rosak sudah semestinya ditujukan kesalahan tersebut kepada pihak JKR walaupun jalan tersebut bukan di bawah kendalian JKR.

Adakah terdapat perancangan dalam membersihkan imej JKR yang kian tercalar?
in Assets & Facilities Management 2,200 points 7 9 12

2 Answers

6 votes
 
Best answer
Di peringkat negeri dan daerah perlu mempertingkatkan lagi kempen kesedaran berkaitan pemilik-pemilik laluan. Namun begitu, usahlah digusarkan dengan aduan yang datang. JKR mengamalkan 'no wrong door policy' dan setiap aduan yang datang walaupun bukan dibawah tanggungjawab JKR perlulah dimajukan dengan segera kepada PBT yang bertanggungjawab.
840 points 2 4 9
selected by
2 votes

JKR Daerah khususnya perlu mengambil peluang dan ruang untuk bekerjasama dengan Pejabat Daerah Dan Tanah menganjurkan satu program melibatkan Pengerusi Dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setiap kawasan (yang sebelum ini dikenali sebagai JKKK/JKKKP) untuk menerangkan JKR Daerah merupakan agensi pelaksana kerja sahaja (sekiranya peruntukan kementerian/pelanggan/YB/agensi kerajaan disalurkan kepada JKR Daerah) secara jelas kepada Jawatankuasa MPKK yang dilantik memandangkan ramai muka baru dalam organisasi tersebut dan kurang arif berkenaan fungsi agensi kerajaan.

Dalam Program bersama MPKK juga boleh diselitkan slide menerangkan Senarai Jalan Negeri dan Jalan Persekutuan yang diselia oleh JKR Daerah.

17,150 points 26 61 120
...