search
Log In
16 votes
70 views
Apa pandangan tuan/puan tentang pelaksanaan BIM dalam JKR setakat ini. Untuk makluman saya yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan BIM dalam melihat kesan positif setakat ini di kalangan pegawai dan kakitangan dalam JKR dari segi faedah dan penerimaan teknologi ini. Walau bagaimanapun, usaha perlu diteruskan agar amalan terbaik pelaksanaan BIM dalam JKR khususnya dapat membantu JKR memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
in BIM 33,070 points

3 Answers

5 votes
 
Best answer
Pada pandangan saya, pelaksanaan BIM di dalam JKR ini masih di tahap Maturity Level 1 dan usaha HOPT dan HODT untuk mencapai tahap Maturity Level 2 sedang giat diusahakan.

Walaubagaimanapun untuk mencapai tahap Level 2, perkara-perkara berikut harus diambilkira:

1. Perlu mematuhi Garis Panduan, Piawaian dan Manual Proses Kerja BIM JKR

2. Peranan dan tanggungjawab BIM Manager, BIM Coordinator dan BIM Modeler dikalangan perekabentuk, pelukis pelan, pegawai tapak bina, perlu diterapkan di dalam projek

3. Latihan yang berterusan serta melahirkan Train the trainers

4. Membiasakan diri di dalam COmmon Data Environment (menggunakan platform sharing data)

5. Memperkasa ICT dan infratsruktur di JKR

6. Memberi awareness kepada seluruh warga JKR (JKR Negeri dan Daerah) berkaitan dengan pelaksanaan BIM

Wallahu'alam...
17,340 points
selected by
0
Pengenalan BIM di JKR adalah sejak RMK 9 lagi. Pada pandangan saya, ianya bergerak terlalu perlahan. Sekiranya BIM ini dapat membantu mempercepatkan proses pengeluaran lukisan pembinaan serta mengurangkan perubahan kerja di tapak, secara logiknya ianya seharusnya diterima pakai secara menyeluruh tanpa dipaksa... ia akan datang secara natural...
6 votes

Pada pandangan saya.....
Jikalau JKR ingin melaksanakan BIM dengan lancar dan efektif perkara-perkara berikut harus diambiltitik berat dan dikaji dengan teliti:-

  • Apakah amalan dan rekod data-data Life Cycle semua asset ikut bidang telah diamal dan dilaksanakan dengan teratur untuk dijadikan sebagai rujukan dalam proses penyediaan dan perlaksanaan BIM?
  • Adakah kesemua 4 peringkat utama yang terkandung dalam Life Cycle asset seperti tersenarai dibawah telah dikaji dan diperhalusi untuk dijadikan sebagai platform rujukan penyediaan BIM?
    • Design
    • Procure
    • Construct
    • Operate
  • Apakah kesemua pakar rujukan SME mengikut bidang telah dikenalpasti, disenaraikan dan dilantik sebagai AJK?
  • Andai kesemua perkara tersebut di atas telah dalam rancangan perlaksanaan, apakah JKR telah secara halusnya kenalpasti jenis program yang ingin digunakan?
  • Bagaimana pulah dengan budgetnya?
39,780 points
edited by
4 votes
BIM telah dilaksanakan di JKR sejak tahun 2008 dan pelaksanaannya dilihat lebih aktif sejak Unit BIM CPAB (Dahulunya PROKOM) ditubuhkan pada tahun 2012. Penerimaan pelaksanaan BIM oleh warga JKR semakin bertambah dari masa ke semasa melalui pelbagai aktiviti dan program awareness/readiness yang telah dijalankan.

Untuk meningkatkan penerimaan BIM sebagai kaedah pelaksanaan terbaru dalam usaha mempertingkatkan sistem penyampaian projek, 'Success Story' pelaksanaan BIM di peringkat awal sesebuah projek perlu dihasilkan. Sebagai contoh, penggunaan BIM perlu diterapkan semasa fasa perancangan projek agar manfaat pemakaian BIM dalam penyediaan rekabentuk konsep dapat dioptimakan di peringkat awal. Apabila setiap pihak dapat melihat kebaikan penggunaan BIM, maka ia akan meningkatkan tahap penerimaan BIM dan seterusnya dapat mewujudkan budaya penggunaan BIM dalam setiap fasa pelaksanaan projek di kalangan warga JKR.

Walau bagaimanapun, selain penerimaan BIM, warga JKR juga harus menerima kaedah kerja dan pengurusan informasi yang berstruktur, sistematik dan berorganisasi kerana BIM bukan sekadar pembangunan model 3D, tetapi ia melibatkan pengurusan informasi yang terkandung di dalam model 3D.
300 points
...