search
Log In
18 votes
41 views
Sekarang telah ditubuhkan Lembaga Teknologis Malaysia (mbot) dimana tugasnya adalah untuk menyelia teknologis dan juruteknik serta mengiktiraf mereka sebagai profesional. Adakah JKR menggalakkan jurutera serta penolong jurutera untuk berdaftar dengan mbot kerana nama pusat latihan kita juga dinamakan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR? Jika terdapat jurutera/penolong jurutera yang berdaftar sebagai profesional technologist/ certified technician adakah pihak JKR mengiktiraf profesional tersebut? Sejauh manakah terimaan JKR terhadap MBOT ini?
in Human Resource Management 340 points 5 5 7

1 Answer

4 votes

Saya berpendapat JKR perlu menggalakkan kepada mereka yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai graduan teknologis atau teknologis di bawah MBOT. Di bawah Registration of Engineering Act 1967 telah mengiktiraf mereka yang berkelayakan iaitu sebagai Engineering Technologist. Manakala MBOT juga akan mengiktiraf mereka yang berkelayakan sebagai Certified Technician dan juga Professional Technologist. 

Dibawah merupakan carta alir karier bagi Technologist:

Sekiranya ianya telah diwartakan di bawah Technologists and Technicians Act 2015 (Act 768), maka saya berpendapat mereka yang berkelayakan berhak untuk mendapatkannya.


Wallahu'alam...

17,700 points 15 45 120
...