search
Log In
16 votes
45 views
Pada pandangan saya, terdapat banyak kesukaran dalam pelaksanaan EKSA sekiranya tidak dapat sokongan dari rakan sekerja dan ketua jabatan amnya.

Kebanyakan penceramah EKSA akan mencadangkan bagi agensi yg pertama kali ingin memulakan pelaksanaan EKSA ini perlu mengambil langkah SISIH terdahulu bagi peringkat pertama.

Yakinlah...semua agensi kerajaan termasuk JKR mampu melakukannya.

Buktinya, JKR Daerah Hulu Langat telah menerima pensijilan EKSA oleh MAMPU taraf Cemerlang pada 15 Mac 2018.

Selain mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk EKSA, apakah langkah-langkah lain yang boleh diambil supaya pelaksanaan EKSA berterusan di organisasi tersebut sehingga berjaya mendapat pensijilan EKSA oleh MAMPU?

#Jom pakat-pakat buat EKSA
in Stakeholders Management 16,620 points

3 Answers

5 votes
Pada pendapat saya EKSA perlu dijalankan di setiap pejabat kerana ianya secara tidak langsung selaras dengan beberapa kriteria dalam keselamatan & kesihatan premis.

Antara cadangan langkah-langkah pelaksanaan EKSA secara berterusan adalah dengan mengadakan gotongroyong secara berkala, contohnya pada setiap pagi jumaat. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan pembudayaan EKSA di pejabat.
290 points
3 votes
Penglibatan dari pihak pengurusan atasan setiap agensi/organisasi sangat membantu mencapai matlamat pensijilan EKSA.
840 points
0

amalan berterusan walaupun sedikit laugh

1 vote
EKSA memerlukan kerjasama semua pihak, namun ianya haruslah diterajui oleh pihak atasan disesebuah agensi, cawangan atau bahagian.

EKSA tidak boleh diamalkan mengikut mingguan, bulanan atau semata-mata untuk mendapat pensijilan. Eksa mestilah wajib diamalkan setiap hari, menjadi habit dan amalan dalam setiap individu, barulah Eksa boleh berjaya.

EKSA mestilah lebih bersifat amalan atau budaya, bukan slogan atau pencapaian.
45,280 points
...