search
Log In
15 votes
105 views
Saya merupakan Arkitek, J41 Di Cawangan Arkitek, IP JKR dan berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam pengajian ke peringkat PHD. Adakah JKR menggalakkan kakitangannya dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi?

Bagaimana laluan kerjaya, bagi kakitangan yang melanjutkan pelajaran? Adakah sepanjang pengajian tidak di kira pengalaman bekerja? Apakah implikasi kepada kenaikan pangkat?
in Human Resource Management 220 points 1 3 5
1
Lanjutan kepada soalan di atas, bagaimana pula dengan pegawai sokongan yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) /PhD, sekiranya mereka mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Degree)?

5 Answers

6 votes
Untuk makluman tuan, JKR sentiasa menggalakkan pegawainya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran PhD secara sepenuh masa.

Tuan boleh dapat maklumat dengan melayari secara dalam talian di http://mycutibelajar.jkr.gov.my

Tuan juga boleh menghubungi Unit Kompetensi, Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan, Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia di talian 03-26188668.
17,160 points 26 61 120
0
Terima kasih tuan, atas jawapan yang diberikan.
4 votes

Ya, sememangnya JKR amat menggalakkan semua kakitangannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang bersesuaian dengan bisnes JKR. Spt yang dimaklumkan oleh Tn Khairul, Tn boleh rujuk pihak CDPK. Tak silap saya, setiap tahun ada dimaklumkan mengenai tawaran sambung belajar melalui emel.

38,720 points 30 74 143
0
terima kasih atas pencerahan.
5 votes
Assalamualaikum.

Saya ada sedikit tambahan dari jawapan-jawapan yang telah diberikan.

Pegawai Kerajaan Persekutuan yang menyambung pengajian dengan Kelulusan Hadiah Latihan Persekutuan atau Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa atau Tanpa Biasiswa tidak hilang kekananan (seniority). Jika apply cuti belajar tanpa gaji barulah hilang kekananan tuan.

Sekiranya tuan diberikan pemangkuan maka, semasa belajar juga akan tetap mendapat Pink Form Pemangkuan tetapi Butiran adalah Jawatan Latihan. Maka jangan risau berkaitan pemangkuan kerana pengalaman saya sendiri dan beberapa rakan juga diluluskan pemangkuan semasa masih menuntut di Menara Gading,

Harap ia serba sedikit membantu tuan. Untuk maklumat lanjut tuan boleh berhubung dengan Pegawai CDPK aras 30 Blok G iaitu En. Eikmal untuk nasihat dan bantuan.
9,480 points 25 57 108
4 votes
Sepanjang pengetahuan saya, pengalaman kerja masih diambil kira dan kelayakan tambahan ini boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat sekiranya semua syarat-syarat telah dipenuhi.
610 points 2 2 7
2 votes
Tapi sayangnya... syarat gred minimum untuk memohon bagi menyambung pelajaran diperingkat PhD adalah gred J44.
280 points 1 2 8
...