search
Log In
16 votes
53 views
Projek perlu disiapkan dalam tempoh masa, kos diperuntukan dan kualiti yang ditetapkan. Garispanduan, prosedur dan lain-lain ketetapan perlu dipatuhi sepenuhnya. Sesi bengkel VM/VE diadakan sebagai salah satu wacana di dalam merancang pelaksanaan program dan projek Kerajaan. Namun begitu, hasil VM/VE tidak mencapai objektifnya di peringkat pelaksanaan (pembinaan) dimana sering berlaku percanggahan seperti terdapat item kerja tertentu yang perlu dibuat di tapak tetapi dibuang semasa VM/VE yang menyebabkan wujudnya VO. Kesannya, Hanya Pegawai Penguasa akan dipertanggungjawabkan di atas kewujudan VO walhah isu/masalah tersebut telahpun dikenalpasti dalam bengkel VM/VE.

Kita dibanggakan dengan adanya kakitangan yang dianugerahkan kekompetenan VM/VE dan sepatutnya mereka yang hebat ini selayaknya mengkaji (review) semula prosedur/method/garispanduan dll supaya sesuai dengan projek yang dilaksanakan di tapak. Jangan kita hanya mengeluarkan keputusaan bahawa bengkel VM/VE telah berjaya tetapi seharusnya perlu pastikan pelaksanaannya juga berjaya. Sikap lepas tangan perlu dibuang dan jangan hanya hebat mengaudit Pegawai Penguasa (SO) tetapi perlu lebih membantu. Bekerja sebagai satu (1) pasukan perlu menjadi keutamaan dan kebertanggungjawaban...berat sama dipikul, ringan sama dijinjing....

Lebih penting lagi buktikan peratusan keputusan kejayaan VM/VE telah mencapai sasaran dari segi kos, masa dan kualiti bagi semua projek terlibat untuk dijadikan sebagai fakta keberkesanan.

#Established since 1872: Together we deliver
#We love JKR
in Value Management 1,140 points

1 Answer

1 vote
sy setuju dengan pandangan Dr. kita warga JKR perlu ada semangat membantu antara 1 sama yg lain.
1,790 points
...