search
Log In
19 votes
69 views

Apakah tugas dan tanggungjawab HODT dan HOPT semasa projek dalam status pembinaan? Bagaimanakah skop penglibatan HODT dan HOPT dalam memastikan projek dapat dilaksanakan serta disiapkan dalam tempoh masa, kos dan kualiti yang ditetapkan? Seringkali berlaku kesilapan rekabentuk, ketidapcukupan skop, projek tidak mengikut brif pelanggan dan pelbagai isu/masalah sepanjang tempoh pembinaan. Isu/masalah yang timbul disebabkan ketidaksempurnaan dokumen rekabentuk dan kontrak. Lesson Learnt telah banyak dikeluarkan atau publish tetapi kenapa masih berlaku?

Adakah senarai tugas dan tanggungjawab HODT, HOPT dan Pegawai Penguasa difahami dan dipraktikan sepenuhnya? Dimanakah paparan dan dokumen lengkap senarai tugas dan tanggungjawab HOPT, HODT dan Pegawai Penguasa boleh diperolehi? 

#TogetherWeDeliver

in Project Management 1,140 points 9 15 24

1 Answer

3 votes
Pada pendapat saya, Role HOPT adalah sebagai Project Manager sesebuah projek yang mana mereka perlu mengurus projek bermula dari peringkat perancangan sehinggalah peringkat serahan. 9 knowedge area perlu diaplikasi dalam mengurus projek tersebut dan berpandukan SPB. Manakala Role HODT pula sebagai project Designer yang mana mereka perlulah memastikan pembinaan di tapak mengikut rekabentuk yang telah ditetapkan berpandukan amalan kod dan spesifikasi jabatan.

Skop penglibatan HOPT dan HODT pula memastikan projek mengikut skop yang telah ditetapkan oleh pelanggan bagi mengelakkan berlakunya pertambahan kos.

Konflik sentiasa berlaku menyebabkan perkara yang disebut berlaku dan sepertinya tiada pengajaran/pembelajaran walaupun sudah banyak lesson learnt dibuat. Ini mungkin disebabkan masalah ‘attitude’ dan kompetensi pegawai. Kalau diikutkan banyak lagi faktor lin yang menyumbang kepada permasalahan tersebut.

Saya setuju R&R HOPT, HODT dan S.O/P.D perlulah difahami dengan pematuhan prosedur jabatan dan juga pentadbiran kontraktual.

Diharap senarai R&R adalah seragam di peringkat jabatan supaya pegawai JKR mempunyai satu kefahaman yang sama.

Wallahu’alam...
17,490 points 15 45 120
...