search
Log In
16 votes
48 views
Berapakah bilanan peratusan pegawai yang mahir menggunakan revit untuk BIM?
in BIM 370 points 2 2 5

1 Answer

3 votes
 
Best answer
Untuk makluman, latihan telah dijalankan bermula tahun 2013 dan lebih daripada 1000 orang yang telah menghadiri latihan BIM termasuklan Revit.

Kalau ikutkan peratusan penggunaan Revit di dalam pelaksanaan BIM, 1000 daripada 22000 pegawai dan sokongan iaitu lebih kurang 4.5% sahaja. Jika kita hanya mengambil daripada kalangan HODT sahaja, 1000 pegawai daripada 2000 (anggaran sahaja), iaitu lebih kurang 50%. Tetapi pegawai yang telah dilatih kebanyakannya akan berpindah-pindah ke cawangan-cawangan/negeri/daerah/kader. Jadi peratusannya kurang tepat.

Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan pegawai yang MAHIR dalam revit dan BIM, JKR telah membangunkan program pensijilan BIM JKR kepada mereka yang berkelayakan untuk mengambil program tersebut.

Mahir dan tahu perisian tanpa menggunakannya secara rutin adalah dua perkara berbeza.

Saya percaya setiap HODT sedang dalam usaha untuk meningkatkan kompetensi BIM di kalangan pegawai mereka. Insya Allah, jumlah peratusan akan meningkat dari semasa ke semasa.
17,700 points 15 45 120
selected by
...