search
Log In
12 votes
75 views
1.Pada kebiasaannya apakah yang perlu dilakukan terhadap struktur yang terlibat ?

2.Dengan pengesahan dan penyeliaan pegawai tapak terhadap 'back up' kiub konkrit yang disediakan oleh pihak kontraktor, bolehkah ujian mampatan 'back up'  kiub ini diambil kira ?
in Structure 7,530 points 9 14 27

1 Answer

9 votes
 
Best answer

Berdasarkan kepada penggunaan Spesifikasi Piawai Kerja Bangunan 2014, sekiranya berlaku kegagalan ujian mampatan berdasarkan kepada ujian identiti (Rujuk Klausa 3.4), maka tuan perlulah merujuk kepada Klausa 3.3 (Non-Conforming of Product). Klausa tersebut membenarkan ujian tambahan seperti ujian teras (coring) dan ujian tanpa musnah dilaksanakan berdasarkan kepada standard EN 12504-1 dan penilaian keputusan ujian dibuat berdasarkan kepada EN 13791. Sekiranya ujian tambahan ini juga gagal, maka pihak SO boleh mengarahkan komponen yang terbabit dimusnahkan atau pun meminta pihak kontraktor melantik perunding untuk melaksanakan kerja pengukuhan yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak kontraktor.

Penggunaan atau amalan back-up kiub tidak tercatat di mana mana spesifikasi konkrit JKR dan dianggap sebagai cubaan untuk menipu keputusan ujian. Spesifikasi dibentuk supaya kaedah ujian adalah standard dan keputusan ujian adalah rasmi dan boleh diterima mengikut lunas-lunas undang-undang melalui kontrak kerja.

Pengambilan sampel untuk ujian kiub adalah berpandukan kepada kaedah sampling yang telah ditetapkan di dalam spesifikasi dan jumlah ujian kiub juga di kawal melalui keperluan ini. Sila rujuk Klausa 3.4.2 untuk tujuan ini. Sehubungan dengan ini, sebarang keputusan dari kumpulan kiub backup ini harus ditolak dan amalan ini harus dihentikan dengan serta merta.

Ujian-ujian dilaksana bukannya untuk memastikan ianya lulus (ie dgn menggunakan kiub back up) sebaliknya ianya diguna untuk memasti pematuhan dan keseragaman bahan konkrit yang dihantar di tapak.

45,550 points 22 91 219 1 flag
selected by
0
Terima kasih tuan di atas jawapan yang sangat jelas.
1
Sememangnya saya mengharapkan semua pegawai JKR dapat memahami kandungan spesifikasi dengan jelas agar penyampaian projek JKR adalah pada tahap terbaik. Saya sememangmya sedia membantu. Jika masih ada persoalan boleh hubungi saya secara terus samada melalui telefon, whatsApp, Facebook, atau Twitter
1
Mohon maaf, saya tambah sikit, selepas ujian teras berpandukan MS EN 12504-1:2013 dibuat, pihak tuan perlu merujuk kepada MS 1242: 2014 Assessment of in-situ compressive strength in structures and precast concrete components - Complementary guidance to that given in MS EN 13791. Rujuk Clause 5.2 bagi menentukan Characteristic In-situ Compressive Strength.
...