search
Log In
15 votes
24 views
Sedia maklum, ujian pencahayaan dalam bangunan dilaksanakan oleh JKR Elektrik. Apakah kepentingan ujian pencahayaan tersebut? Berapa kali ujian pencahayaan perlu dilaksanakan?  Adakah ujian tersebut berkaitan dengan inspektorat DOSH?

Mohon pencerahan...
in Assets & Facilities Management 14,130 points

1 Answer

0 votes

Kepentingan ujian pencahayaan dalam bangunan:

Peringkat pembinaan bangunan: Untuk 'verify' diantara  nilai 'actual' (lux level) sistem pencahayaan yang dipasang di tapak bina (bangunan) dengan nilai yang dikira semasa peringkat rekabentuk. Ujian perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali sebelum penyerahan bangunan kepada pihak pelanggan.

Peringkat Operasi Bangunan: Sebagai proses audit (energy audit/review) untuk mengenalpasti tahap pencahayaan (lux level) sama ada tahap pencahayaan tersebut boleh diterima oleh pekerja di dalam bangunan tersebut dengan berpandukan standard. Ujian ini perlu semasa peringkat Operasi Bangunan kerana besar kemungkinan ruang kerja yang dibangunkan telah bertukar keperluan kerja (contoh: dari ruang pejabat am kepada ruang kerja merakabentuk, dari ruang pejabat untuk 5 orang pegawai kepada ruang pejabat untuk seorang pegawai dan sebagainya). Setiap kawasan pejabat ini mempunyai keperluan tahap pencahayaan yang berbeza. Sekiranya perkara ini berlaku, tahap pencahayaan bagi kawasan pejabat tersebut perlu dikaji semula bagi memastikan produktiviti pekerja terbabit tidak terjejas. Juga, sekiranya kawasan kerja tersebut mendapat tahap pencahayaan yang berlebihan, program penjimatan tenaga boleh dilaksanakan dengan melakukan proses 'delamping' (pengurangan bilangan lampu).

Antara rujukan dokumen semasa peringkat rekabentuk dan operasi bangunan:

1. LS1 (Spesifikasi Elektrik 1).

2. Malaysian Standard (MS 1525).

1,140 points
...