search
Log In
11 votes
35 views
perisian tersebut diajar samaada di peringkat universiti ataupun organisasi yang terlibat. namun, kekeliruan saya adalah perisian manakah yang selalu digunakan dan penting dalam sesuatu rekabentuk pembinaan dan sebagainya. AutoCad atau REVIT ? sesetengah organisasi hanya menggunakan autoCad, dan ada juga hanya menggunakan REVIT. apa perbezaan ketara diantara perisian tersebut ?
in BIM 350 points 2 2 3

1 Answer

3 votes
sekiranya merujuk kepada BIM Maturity (boleh google), kita dapat lihat penggunaan CAD di bawah Level 0 manakala Level 1 pula penggunaan Autocad (2D-3D) yang bersistematik.

Penggunaan BIM pula bermula pada Level 1, Level 2 dan Level 3. Level 1 bermula dengan ‘mix’ model BIM dan CAD manakala Level 2 & 3 pula pelaksanaan BIM secara kolaborasi dan integrasi.

Sebelum ini penggunaan CAD secara meluas di dalam industri kita sebagai medium. Dan sejak kebelakangan ini teknologi pesat membangun dan penggunaan BIM ‘tidak boleh tidak’ dinafikan penggunaannya dalam industri kita.

Pendapat saya kepentingan penggunaan CAD akan berkurangan berbanding penggunaan BIM. Universiti-universiti juga telah mula mengajar penggunaan BIM seperti UMPH, UIA, UM dan lain-lain. Ini kerana terdapat ‘demand’ penggunaan BIM dalam industri buat masa ini.
17,700 points 15 45 120
...