search
Log In
20 votes
64 views
Mengapa setiap kali perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, had laju kebangsaan mesti diturunkan? Apakah dengan penurunan had laju kebangsaan sebanyak 10 km/j iaitu dari 90 km/j ke 80 km/j dapat memberikan impak yang besar terhadap kesan kemalangan?
in Assets & Facilities Management 1,490 points 7 12 19

4 Answers

4 votes
Sedia maklum, keputusan menetapkan had laju bagi jalan persekutuan diputuskan di dalam Mesyuarat Penyelarasan Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan

Antara kesan terhadap langkah penurunan had laju kebangsaan adalah :

1) Pengurangan kelajuan kenderaan

2) Pengurangan risiko terhadap penunggang dan pembonceng motosikal

3) Pengurangan risiko terhadap pejalan kaki

4) Pengurangan pelanggaran lampu isyarat berwarna merah

5) Pengurangan risiko terhadap pemandu dan penumpang kereta
17,160 points 26 61 120
1 vote
Pada pendapat saya sikap adalah faktor utama penyebab kemalangan jalan raya.
33,150 points 15 51 137
2 votes

Padangan saya ia lebih pada tindakan untuk mencetuskan bahawa awareness untuk waspada demi terperangkap dan terkena speed trap, maka secara spontannya pemandu akan mengurangkan kelajuan kenderaan dengan tersendiri. Dengan tindakan yang sedemikian maka peluang kejadian insiden kemalangan mungkin akan menurun kebawah tahap biasa sebab ramai pemandu telah mengurangkan kelajuan mereka ketahap yang dianggap lebih selamat untuk dikawal.

41,970 points 103 172 286
1 vote
menjelang musim perayaan, akan ada pemandu2 yang hanya setahun sekali menggunakan lebuhraya, keadaan ini sebenarnya yang menjadi punca lebuhraya sesak kerana berada di lorong yang salah, pendekatan memberikan info mengenai cara menggunakan lorong di lebuhraya perlu diulang siar di media2 utama agar pengguna bermusim ini tahu di mana tempat berhenti, di mana tempat selamat untuk meletakkan kenderaan, dilorong mana perlu berada dengan kelajuan yang sesuai.

Selain itu, kesedaran mengenai bertapa berharganya nyawa juga perlu disiarkan di sesetengah kawasan sepanjang lebuhraya bagi memastikan mereka sentiasa berwaspada.

Penggunaan lampu pantul cahaya pada permukaan lebuhraya juga amat penting di kawasan2 yang sering berlaku kemalangan atau yang dikategorikan berisiko.
48,890 points 9 18 55
...