search
Log In
20 votes
106 views
Apa yang kita sedia maklum, penggunaan Teknologi Drone telah banyak digunakan oleh pihak luar dalam pelaksanaan projek, penguatkuasaan, pemantauan dan sebagainya. Pengunaan Drone ini juga sangat membantu dalam pelaksanaan projek JKR sebagai contoh, dalam peringkat rekabentuk jalan iaitu penentuan jajaran jalan baru ataupuun naiktaraf.

Sehubungan itu, adakah pihak atasan JKR memandang berat mengenai perkara ini dan adakah langkah-langkah atau garispanduan ada dibuat bagi menggunakan Drone ini di peringkat Jabatan.
in Integration Management 3,010 points 4 13 22
0
Setuju penggunaan drone boleh sgt membantu dalam pemeriksaan bangunan terutama pada kawasan tiada akses.
0
setuju dengan penggunaan drone. Di pihak unit Ispektorat Bangunan, Keperluan Pengunaan drone bagi pemeriksaan bumbung yang tidak boleh di akses , pemeriksaan kerosakan tower tangki air dan sebagainya. Dengan ada yang kelebihan cerapan gambar dan video menggunakan teknologi drone ini, sudah semestinya akan memudahkan pegawai inspektorat membuat pelaporan yang lebih mantap dan berkesan kepada pihak atasan dan pihak yang berkepentingan.

5 Answers

7 votes
saya menyokong penggunaan teknologi drone digunakan oleh pihak JKR kerana dapat mengurangkan risiko kecederaan semasa memeriksa kerosakan bangunan pada kedudukan yang tinggi atau kawasan yang sukar untuk dicapai oleh manusia atau individu..
530 points 2 3 4
6 votes
Tujuan penggunaan “drone” dalam jabatan adalah boleh memantau kawasan-kawasan cerun, memantau lokasi pembangunan tanah berisiko, memantau keadaan pergerakan tanah/cerun semasa dan boleh meningkatkan kreativiti pegawai JKR dalam mendapatkan sudut gambar dan video secara lebih efisien. Penggunaan drone secara tidak langsung akan mengurangkan tenaga manusia serta menjimatkan kos jika ia digunakan secara langsung dalam jabatan.

Bahagian Jalan JKR wajar menggunakan teknologi baru ini dalam melaksanakan projek JKR dan penyampaian maklumat dengan lebih berkesan.
17,220 points 26 62 120
4 votes

Sekadar memberi pandangan.....
Ada beberapa isu berikut yang mungkin perlu dikajiselidik sebelum syor pembelian dilaksanakan:-

  • Ketegori penggunaan perlu jelas.
  • Budjet pembelian perlu ditentukan kerana ada terlalu banyak jenis dan kualiti yang berada dalam pasaran sekarang. Sehingga juga ada jualan di pasar malam.
  • Perlu tumbuhkan pasukan pengguna kerana proses pembelajaran dan penggunaannya bukan semudah yang dianggap.
  • Perlu juga membebankan seorang pegawai khas yang menjaga dan merekodkan penggunaannya kerana ia kekal merupakan harta kerajaan yang perlu dikawal dan digunakan dengan rapi demi mengelakkan penyalahgunaan.
  • Adakah setiap bidang yang ada dalam JKR juga perlu dibekalkan alat tersebut.
43,480 points 103 180 306
4 votes

We do have http://isupervision2.jkr.gov.my/ to monitor projects online. Drone tech much more better.

800 points 11
3 votes
Setuju benar penggunaan drone di dalam pelaksanaan projek bagi keperluan S.O di tapak kerana banyak manfaatnya.

Dari sudut BIM, kita boleh mendapatkan penggunaan ‘Existing Condition Modeling’ dan juga ‘Site Analysis’. Seterusnya dapat memantau kerja tanah di tapak.
17,700 points 15 45 120
...