search
Log In
14 votes
51 views
in Road 5,440 points 12 26 74
recategorized by

1 Answer

6 votes
 
Best answer
AC 14, sepertimana ditetapkan dalam JKR/SPJ/2008-S4 Jadual 4.3.3., diadaptasi dari Superpave (singkatan bagi Superior Performing Pavement) iaitu satu sistem rekabentuk dan analisis bahan asphalt yang dibangunkan dalam Strategic Highway Research Program (SHRP) - program penyelidikan asphalt terbesar yang siap dilaksanakan pada tahun 1993 dengan kos USD150 juta. Dalam konteks gredan aggregate, Superpave menetapkan pelbagai saiz aggregate dicampur bagi membentuk struktur rekabentuk aggregate. Campuran aggregate dikawal oleh beberapa control points dan satu restricted zone. Control points itulah yang membentuk grading envelope dengan ciri S-shape bagi Superpave 12.5 mm yang diadaptasi menjadi AC 14 dalam JKR/SPJ. Dalam pada itu, jika gredan aggregate tidak mematuhi restricted zone, struktur aggregate yang lemah akan terbentuk dan menghasilkan bahan turapan yang tidak kuat. Bagi kawasan dengan trafik yang tinggi, Superpave menyarankan grading curve melalui di bahagian bawah restricted zone itu. Harus diingatkan, aggregate paling kasar bagi Superpave 12.5 mm dan AC 14 ialah 20 mm. Sebagai rekod, gredan aggregate dengan ciri S-shape juga menjadi ciri unik bagi stone mastic asphalt (SMA).    

Grading envelope bagi ACW20 tidak mematuhi Superpave 12.5 mm, tidak memiliki gredan dengan ciri S-shape dan berada di bahagian atas restricted zone. Gredan bagi bitumen macadam wearing BMW14 yang pernah dimasukkan dalam JKR/SPJ/1988 hampir mematuhi gredan Superpave 12.5 mm (macadam itu lebih kasar sedikit), memiliki ciri S-shape dan melalui di bawah restricted zone.

Percaya atau tidak, gredan AC 14 lebih hampir menyerupai gredan SMA berbanding ACW20. AC 14 juga mengandungi kurang quarry dust berbanding ACW20. Oleh itu, tekstur turapan AC 14 adalah lebih kasar sedikit dari ACW20. Ironinya ada yang tidak menyukai tekstur AC 14, katanya nampak kasar lalu mengarahkan kuari hasilkan asphalt yang lebih halus! Tidak wajar perhatikan saiz aggregate yang paling besar tetapi seharusnya teliti bentuk lengkung gredan aggregate itu. Tekstur SMA 10 lebih kasar dari ACW20!
14,950 points 4 28 72
selected by
0

Terima kasih atas perkongsian, Tn 

...