search
Log In
13 votes
63 views

Apakah jenis ujian yang harus dijalankan terhadap lapisan tack coat sebelum overlay dibenarkan demi menjaminkan bahawa tahap bonding ikut kehendak rekabentuk telah tercapai?

Apakah tahap viscosity bituminous binder dalam tack coat yang biasa diamalkan dan dibenarkan?

Bagaimanakah caranya untuk mengukur tahap viscosity tack coat itu demi mengesahkan bahawa ia berada ditahap yang dibenarkan supaya ia mampu memudahkan proses kerja?

in Pavement 43,480 points 103 180 306

3 Answers

6 votes
 
Best answer
CSFJ ada program audit dan pengiktirafan ke atas pengeluar tack coat. Oleh itu, pastikan tack coat yang digunakan diperolehi dari pengeluar yang diiktiraf. Tong dram yang digunakan oleh pengeluar yang diiktiraf mempunyai security seal bagi mengelak kualiti emulsion dari terganggu.

Ujian paling senang yang dapat dibuat bagi mengesahkan grade tack coat yang digunakan sama ada RS-1K atau bukan ialah ujian kandungan air dan binder. Boleh dibuat di kuari yang diiktiraf, hanya perlu tiga beaker @ 1 liter setiap satu, tiga glass rod, balance dan oven.

Jika tack coat telah dipastikan dari pengeluar yang diiktiraf dan ujian rambang ke atas grade tack coat dilaksanakan, hanya perlu pastikan tack coat yang disembur di tapak kerja telah set - tunggu masa air kering selama kira-kira 1 jam (bergantung pada cuaca ketika itu), tukar warna dari coklat kepada hitam dan pijak atau tekap dengan dengan jari tangan untuk check ada tackiness atau tidak. Tidak ada ujian khusus yang ditetapkan bagi menentukan 'tahap bonding'. Sayugia diingatkan binder itu akan menjadi lebih lembut dan berupaya bertindak sebagai pengikat antara turapan baru dan permukaan jalan sedia ada/permukaan milling atau antara wearing course dan binder course bila terkena pada asphalt pada suhu yang tinggi semasa kerja penurapan dijalankan.

Viscosity yang ditetapkan dalam MS 161 Specification for cationic bitumen emulsions for use in pavement applications bagi grade RS-1K ialah max. 50 sec. pada suhu 25 C dengan menggunakan peralatan Saybolt Furol viscometer. Asalkan bahan emulsion itu dapat disembur ke atas permukaan jalan pada suhu ambient, viscosity tidak menjadi isu. Sebaliknya yang menjadi isu besar biasanya tack coat yang dicairkan dengan campuran air. Ada kontraktor yang memasukkan harga 10 sen per sq.m dalam sebutharga berbanding harga syarikat konsesi RM1.50 per sq.m. Oleh itu, bagi mengelak kerugian, satu tong dram tack coat dicairkan menjadi beberapa tong dram!

Selain itu, tack coat disembur di atas permukaan yang basah atau kotor, hujan atau diturap sebelum tack coat sempat kering, tack coat dibuka pada trafik sebelum kerja penurapan dimulakan adalah antara isu-isu lain yang perlu diberi perhatian.
14,950 points 4 28 72
selected by
0

Terima kasih atas perkongsian, Tn 

3 votes
1. Ujian kandungan bitumen.

2. 60:40; bitumen:air.
2,380 points 4 19 31
4 votes
Pull Off Test di tapak
5,440 points 12 26 74
0
Boleh tuan menjelaskan tentang tatacara dan kaedah perlaksanaan pull-off test tersebut. Disamping itu berapakah nilai pull-off test yang diperolehi itu boleh dianggap cukup untuk menjustifikasikan bahawa applikasi tack coat itu adalah betul dan terjamin.
...