search
Log In
10 votes
38 views
Salam,

Apa ciri yang kita titik beratkan bagi memilih kawasan yang memerlukan pemasangan penghadang jalan?

Adakah penghadang jalan (traffic barrier) ini mempunyai design yang ditetapkan atau mengikut kawasan projek?
in Structure 7,490 points 10 17 32

1 Answer

5 votes
 
Best answer

Penggunaan Penghadang konkrit - melibatkan tempoh kerja yang lebih lama 

  1. Digunakan dikawasan kerja yang melibatkan korekan dan terdapat perbezaan aras kedalaman minimum 1000mm dari aras jalan sedia ada, disusun secara berterusan dan interlocked. Perlu terdapat jarak minimum 600mm dari  bucu tapak penghadang konkrit dengan kawasan korekan.
  2. Digunakan dikawasan kerja yang mempunyai objek keras/mesin pembinaan yang mungkin akan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya seperti sheet piles, struktur jambatan, bahan binaan yang ditimbunkan dan lain - lain
  3. lokasi selekoh yang merbahaya dan tajam
  4. menggantikan sementara struktur penghadang jalan sedia ada yang dialihkan bagi tujuan pembinaan
9,220 points 6 24 66
selected by
0
Terima kasih atas perkongsian, Pn.
...