search
Log In
11 votes
43 views
jika aset kerajaan disenaraikan sebagai dilupuskan, adakah ada staf boleh mengambil aset tersebut?

saya lihat ada aset kerajaan dilupuskan masih keadaan elok dan boleh digunakan
in Assets & Facilities Management 7,490 points 10 17 32

2 Answers

1 vote
Bagi aset kerajaan yang telah dilupuskan terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi dan kakitangan tidak dibenarkan mengambil aset tersebut.

Status aset tersebut akan dinilai oleh panel penilai dan sekiranya aset yang masih boleh digunapakai; biasanya akan diiklankan secara terbuka bagi mendapatkan penawaran kadar harga yang berpatutan.
9,220 points 6 24 66
2 votes

Kaedah pelupusan aset adalah seperti berikut:-

  1. Jualan secara tender/sebutharga/lelong
  2. Buangan Terjadual (E-Waste) dan Sisa Pepejal;
  3. Jualan Sisa;
  4. Tukar Barang atau Perkhidmatan;
  5. Tukar Beli; 
  6. Tukar Ganti;
  7. Hadiah; 
  8. Serahan; dan
  9. Musnah.
Boleh rujuk Pekeliling Perbendaharaan Malaysia : TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN AM 2.7 Pelupusan
8,720 points 19 26 76
...