search
Log In
14 votes
31 views
Apakah langkah yang diambil oleh sesebuah jabatan bagi memastikan pendawaian sesebuah bangunan adalah selamat digunakan? Adakah langkah tersebut berkesan? Adakah kefungsian Unit Senggara membuat pemeriksaan bangunan kerajaan termasuk dalam senarai kerja?
in Project Management 3,770 points

1 Answer

2 votes
 
Best answer

Langkah yang perlu diambil oleh sesebuah jabatan bagi memastikan pendawaian sesebuah bangunan adalah selamat:

a. Bagi pepasangan voltan rendah yang menerima bekalan melalui peralatan suis dengan kadaran 100 ampere atau lebih, perlu melantik orang kompeten untuk kendali/senggara dll dan beliau perlu didaftarkan di bawah pepasangan yang dijaga. 

 b. Merujuk kepada Peraturan 110, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, pendawaian perlu diuji setiap 5 tahun sekali oleh orang kompeten. Cadangan untuk membuat pendawaian semula bergantung kepada keputusan laporan ujian tersebut.

c. Perlu melantik orang kompeten untuk melawat dan memeriksa (Peraturan 67, PPE 1994), bagi pepasangan seperti yang dinyatakan di bawah para a., kekerapan lawatan adalah sekurang2nya sebulan sekali.

2,080 points
selected by
...