search
Log In
13 votes
28 views
Apakah formula APD untuk FM?
in Fixed Asset (Tak Alih) 250 points

1 Answer

2 votes
 
Best answer

"Pengenaan APD hendaklah dibuat berdasarkan bilangan permohonan perkhidmatan/ aduan/ PPM, rekod dalam MIS/CMMS dan laporan NCR merangkumi 3 kategori KPI tersebut di atas yang gagal dicapai oleh kontraktor di dalam menunaikan obligasinya di bawah Kontrak. Segala isu, permohonan perkhidmatan (service request), aduan (complaint), penutupan (shutdown) atau ketidaksediaan perkhidmatan (service unavailability) yang diakibatkan oleh Planned Preventive Maintenance (PPM) Schedule atau Scheduled Corrective Maintenance (SCM) adalah tidak tertakluk kepada sebarang potongan bayaran melalui mekanisme ini."

Ringkasan
APD : Ascertained Performance Deduction
PPF : Pegawai Penguasa Fasiliti 

PPF hendaklah melalui proses berikut di dalam membuat pengiraan APD:

  1. Pengumpulan maklumat bulanan dari MIS/CMMS.
  2. Cut-off date bagi penentuan APD perlu dibuat pada tarikh yang dipersetujui oleh semua pihak berkaitan.
  3. Menetapkan Parameter yang dipersetujui berkaitan dengan Penetapan APD berdasarkan KPI (Berdasarkan Prestasi, Ketersediaan Perkhidmatan dan Ketersediaan Aset).
  4. Menetapkan jumlah data penyenggaraan untuk bulan yang berkenaan.
  5. Menyemak ketidakpatuhan yang berkaitan dengan pemotongan untuk bulan berkenaan.
  6. Menyediakan justifikasi dan bukti untuk setiap ketidakpatuhan yang dipertikaikan. Pemeriksaan di tapak perlu dijalankan apabila mendapat permohonan daripada mana-mana pihak sebagai lanjutan kepada proses verifikasi.
  7. Laporan bulanan perlu dihantar pada setiap 7 hari bulan atau pada tarikh yang telah ditetapkan pada setiap bulan. 


Semua maklumat yang dimasukkan ke dalam MIS/CMMS hendaklah dibuat validasi dan maklumat tersebut telah dipersetujui oleh PPF dan kontraktor. Semua permohonan perkhidmatan/aduan/PPM yang telah dibuat hendaklah disahkan oleh Kontraktor FMM yang akan menetapkan indikasi pemotongan yang sepatutnya.

Rujukan:-
http://jpedia.jkr.gov.my/images/e/e9/GP_FMM_JUN_2017.pdf

2,860 points
selected by
0

Terima kasih atas perkongsian Tn @Gregory

...