search
Log In
9 votes
44 views

Sebagaimana kita telah dimaklumkan bahawa warranty untuk bumbung kekuda jenis keluli cold-formed tempuh warrantynya adalah 10 tahun.

Adakah JKR akan melaksanakan joint inspection bersama dengan pembekal dan kontraktor utama sebelum tamatnya tempuh sah laku warranty itu demi memastikan bahawa tiada kecacatan tertimbul yang bakal menjejaskan keutuhan kekuda bumbung tersebut?

in Building 43,480 points 103 180 306 1 flag

1 Answer

2 votes
 
Best answer
Warranty yang dibekalkan adalah kepada client. Apabila bangunan telah diserahkan kepada client, adalah menjadi tanggungjawab pihak client untuk menguruskan segala perihat penyelenggaraan. Ini termasuklah pihak client untuk menyediakan jadual pemeriksaan berkala kepada semua komponen bangunan yang diduduki.

Dengan cara ini, segala kecacatan dan kerosakan yang berlaku akan dapat dikenalpasti dengan lebih efisyen dan teratur,

Bagi kekuda bumbung, pada kebiasaannya kegagalan akan berlaku secara progressive. Dengan adanya pemeriksaan berkala dijalankan, maka masalah ini akan dapat ditangani dengan lebih awal.

Perlu juga ditekankan bahawa warranty yang disediakan oleh SP untuk kekuda bumbung adalah untuk bahan, rekabentuk dan pemasangan yang asal. Pihak SP tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat modifikasi keatas kekuda dengan menambah beban, kerja retrofitting dan sebagainya.
45,530 points 22 91 219
selected by
...