search
Log In
13 votes
30 views

Harus dan wajarkah seksyen Jalan Persekutuan yang terlibat dengan projek menaiktaraf jalan digazet keluar sepenuhnya buat seketika dari tanggungjawab Pihak Kerja Raya terutama bagi isu-isu yang terkandung dalam klausa-klausa Akta 333 dimana penglibatan kuasanya adalah terkandung dalam  AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (Akta 333) dan pengurusan kerja penyenggaraan jalan oleh konsesi mengikut kontrak sehingga siap dan penyerahan sepenuhnya projek menaiktaraf tersebut dilaksanakan? (Kerana kebiasaannya tempuh projek menaik taraf jalan adalah dalam lingkungan 3 hingga 5 tahun)

in Fixed Asset (Tak Alih) 43,480 points 103 180 306

1 Answer

4 votes

Setahu saya, Jalan Persekutuan yang terlibat dengan projek menaiktaraf jalan TIDAK AKAN digazet keluar sepenuhnya buat seketika dari tanggungjawab Pihak Kerja Raya.

Ini kerana, saya dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan yang terlibat di dalam kawasan / sempadan kerja-kerja menaiktaraf jalan tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada kontraktor yang dilantik sehingga penyerahan projek siap kelak.

Walaubagaimanapun, harus merujuk dokumen kontrak yang berkaitan samada item bagi kerja-kerja penyelenggaraan tersebut telah dimasukkan ke dalam kontrak berkaitan atau tidak. 

Harus memohon Cawangan berkaitan untuk berikan pengesahan.

250 points 3
1
Isu ini penting kerana ia terlibat dengan sebahagian klausa-klausa yang terkandung dalam Akta Jalan 333.
1
Setuju dengan pandangan Iswat.jkr.

Sekiranya ia digazet keluar, pihak JKR perlu sediakan laluan alternatif kepada penduduk yang memerlukan akses jalan perhubungan di sekitar jalan sediada. Ini mungkin sudah ada, tetapi kemungkinan besar, tiada jalan alternatif dan perlu menggunakan Jalan Persekutuan sediada yang sedang dinaiktaraf.

 Disamping itu lalulintas trafik sediada perlu dialihkan ke satu lorong sediada atau dialihkan kepada lorong jalan yang baru dilebarkan atau ditambah lorong laluan trafik yang baru. Laluan Persekutuan tersebut tidak boleh ditutup kepada orang awam yang memerlukannya.
1
Terima kasih terhadap penerangan yang jelas.
...