search
Log In
19 votes
357 views
Mengapa kemajuan kewangan kurang (sangat jauh) daripada kemajuan fizikal (CPM)? Contoh : kemajuan fizikal (CPM) 45% tetapi kemajuan kewangan hanya 14%. Apakah punca atau keadaan yang menyebabkan perkara ini boleh berlaku?.
in Scope Management 220 points 1 2 3 1 flag

11 Answers

1 vote
Cepu emas soalan ni tetapi bagus untuk direnung bersama-sama. Financial dan Physical Progress selalu menjadi fokus utama semasa pemantauan (peringkat pembinaan) baik sesama pasukan projek mahu pun pihak klien. Sebaik-baiknya urusan penyediaan, penilaian dan pembayaran dilaksanakan dengan teratur mengikut syarat-syarat kontrak, SOP jabatan dan arahan-arahan central agency (cth MOF). Ketika menguruskan perkara-perkara ini lah selalunya S.O dan wakil-wakilnya menerima pelbagai tekanan. Tanpa prejudis, kita haruslah berhati-hati apabila terma-terma seperti Overpay  dan Underpay bermain-main di mulut semasa mesyuarat tapak dll kerana boleh dijadikan asbab kepada isu lebih besar yang kadang-kadang kita tak terpikir pun boleh terjadi. Fizikal sama mcm kewangan = mustahil tapi boleh jadi, fizikal > kew = selalu terjadi (kalau boleh gap jgn terlalu jauh melampau, nanti kene cop underpay) fiz < kew = kalau terjadi, berdoalah supaya tiada tiada pihak yang claim as overpay sbb boleh jadi titik mulanya tindakan yang buat kita tak lena tidur. Semoga JKR dilindungi.
1,980 points 1 5 18
...