search
Log In
13 votes
25 views

Seringkali isu potholes menjadi tajuk hangat dan tahap ketularan itu adalah bagitu cepat.

Apakah JKR telah ada perancangan dan solusi jangka panjang untuk mengatasi masalah potholes?

Adakah kajian teliti yang telah dilaksanakan oleh pihak JKR supaya kebarangkalain kejadian potholes itu dapat dikurangkan kesatu tahap yang minima?

in Pavement 43,480 points 103 180 306
0

Sepertimana jawapan saya bagi isu ini sebelum ini, jika permukaan turapan jalan dalam keadaan baik - tidak ada keretakan, tidak ada surface defects lain, pothole tidak akan terbentuk semalaman. Jika fasiliti jalan dalam keadaan baik - longkang tepi jalan berfungsi dengan baik, air dari permukaan jalan dapat mengalir lancar ke longkang itu tanpa tersekat di bahu jalan, aras bahu jalan lebih rendah dari permukaan jalan, weephole tidak tersumbat dan sebagainya, tidak mungkin akan terbentuk pothole sekelip mata. Kebiasaannya, pothole terjadi dari keretakan. Keretakan pada permukaan jalan akan membenarkan air meresap masuk ke dalam struktur pavemen. Tidak dapat dinafikan, terdapat pendapat mengatakan air adalah musuh utama jalan. Jika keretakan halus yang terbentuk di peringkat awal tidak dirawat dengan segera, ia akan menjadi semakin lebar, semakin panjang dan kemudian mula bercabang sehingga menjadi crocodile cracks dan spalling. Lambat laun, pothole akan terbentuk.

Kenapa keretakan itu perlu dirawat? Sewajarnya keretakan perlu dirawat di peringkat awal pembentukannya. Jika tidak, air yang meresap masuk akan menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan dengan pelbagai cara;

1.   Balutan bitumen pada aggregate akan tertanggal. Ini akan mengurangkan daya tahan bahan turapan itu.

2.   Tekanan hidraulik ke atas air yang terperangkap di dalam keretakan akan membentuk keretakan yang lebih panjang dan lebar.

3.   Resapan air ke lapisan bawah struktur pavemen akan melemahkan roadbase dan subgrade menyebabkan struktur itu tidak lagi dapat menampung beban trafik. Kegagalan fatigue ini akan merancakkan lagi pembentukan keretakan pada permukaan jalan.

Oleh itu, bagi mengelak atau melambatkan pembentukan pothole, keretakan pada permukaan jalan seharusnya dirawat dengan segera. Teknik rawatan yang biasa diamalkan ialah crack sealing. Dalam kontrak penyenggaraan Jalan Persekutuan, crack sealing ialah sebahagian kerja penyenggaraan rutin (RO 1.3). Crack sealing akan menghalang air dari memasuki ke dalam struktur pavemen dan, berdasarkan kajian di luar negara, akan dapat memanjangkan jangka hayat struktur pavemen sehingga 3 - 5 tahun. Oleh itu, pastikan syarikat konsesi menjalankan kerja crack sealing setiap masa.

Sekiranya alur keretakan telah merebak, bercabang dan bercantum, dan terbentuk crocodile cracks setempat (localised), sewajarnya kerosakan itu dirawat secara potong dan tampal (cut and patch). Kaedah ini sama seperti kerja menampal pothole. Dalam kes ini, pothole belum terbentuk tapi localised crocodile cracks itu segera dirawat secara potong dan tampal. Dalam kontrak penyenggaraan Jalan Persekutuan, ada diterangkan cara menampal pothole dengan baik dan sebagaimana crack sealing, ia adalah sebahagian kerja penyenggaraan rutin (RO 1.2). Cara itu juga boleh digunakan untuk merawat localised crocodile cracks. Tidak wajar tunggu pothole keluar baru nak ditampal. Secara ringkas, caranya ialah keratan empat segi dibuat 50 mm dari tepi pothole, turapan lama kemudian dipecahkan, dibuang dan permukaan keratan dibersihkan. Tack coat disembur pada permukaan lantai dan tepi keratan sebelum ditampal dengan hot mix. Kesilapan yang biasa dibuat - turapan lama tidak dipecahkan dan dibuang selepas dibuat keratan empat segi, hanya bahagian atas lapisan turapan yang dibuang dan bukan keseluruhan satu lapisan wearing course yang lama, lapisan lama tidak dibuang sebaliknya terus ditampal, tampalan terlalu nipis (ketebalan kurang dari dua kali saiz aggregate paling besar yang digunakan dalam bahan tampalan), bahan tampalan yang digunakan bukan hot mix (atau cold mix yang tidak mencapai kekuatan sepertimana hot mix) dan tidak dipadatkan dengan sempurna, tack coat hanya disembur pada permukaan lantai dan tidak pada tepi keratan, dan sebagainya. US Roads menggariskan cara menampal pothole yang boleh bertahan lama - potong, pecah, buang, bersih, tack coat, tampal dan seal di bahagian yang dipotong untuk elak air dari meresap masuk.

Namun begitu, jika struktur pavemen telah melepasi jangka hayatnya dan perlu diperkukuhkan dengan teknik rawatan yang lebih rumit di bawah program penyenggaraan berkala pavemen, penampalan pothole yang terbentuk tidak lagi akan berkesan dan akan berulang walaupun tampalan telah dibuat dengan baik.                              

0

Dalam erti kata lain, laksanakan kerja penyenggaraan rutin di bawah RO 1 - Pavemen (dan RO 2 - Bahu Jalan dan RO 3 - Longkang yang turut boleh menyumbang pada kerosakan pavemen) itu sebaik mungkin dengan menggunakan peruntukan yang sedia disalurkan setiap bulan ke setiap JKR Negeri dan Daerah secara optimum. Pastikan syarikat konsesi menjalankan kerja tersebut dengan berdedikasi dan berkualiti tanpa gagal sepertimana ditetapkan dalam kontrak penyenggaraan. Jangan hanya teruja mengharapkan peruntukan penyenggaraan berkala pavemen yang mungkin tidak kunjung tiba. Jika dapat sekalipun, amaun mungkin sangat terhad.   

0
Terima kasih atas komen dan jawapan yang sangat jelas dan bermanfaat.

1 Answer

3 votes
Bagi menyediakan perancangan jangka panjang dan solusi ke atas isu potholes, data potholes perlu direkodkan, dianalisis agar kaedah rawatan (berkala pavemen) yang bersesuaian dapat dikenalpasti.

Penggunaan Aplikasi Sistem Pemantauan Potholes (ASaPP) harus digunakan sepenuhnya.
9,920 points 7 27 69
0

Terima kasih Pn @SKhadijah atas perkongsian yes

...