search
Log In
11 votes
128 views
Tempoh penyiapan projek untuk LAD dalam CPM ditetapkan? Adakah pemantauan kemajuan fizikal projek LAD  mengikut penjadualan baru/recovery plan? Bila dan syarat-syarat NUTP - Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor boleh dikeluarkan?
in Time Management 9,180 points 19 28 82
edited by

1 Answer

6 votes
Arahan yang diterima sebelum ini yang sepatutnya menjadi pegangan kita, tempoh LAD selama 2 bulan sahaja bermaksud jika dilihat dalam CPM 'update file', perbezaan tarikh dalam column 'finish' dengan tarikh siap semasa mesti kurang 2 bulan. Jika lebih, sebaiknya ditamatkan sahaja sebab dibimbangi LAD yang dikenakan nanti terlalu banyak dan bayaran kepada kontraktor akan menjadi negatif.

Untuk kontrak dalam LAD, kita masih guna CPM yang sama tetapi recovery plan perlu dibuat jika tempoh yang disebut di atas melebihi 2 bulan.

Jika projek lewat melebihi 20% atau 60 hari (mana terdahulu), rujuk pk 4.5 Tatacara Pengurusan Projek Sakit & Perlantikan Kontraktor Penyiap. Ada proses-proses sebelum NUTP boleh dikeluarkan.
1,130 points 3 9 12
0

Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat, Pn smileyyes

0
Alhamdulilah terima kasih di atas ilmu baru yang saya dapat... Lagi 1 pertanya.. yang mana dahulu.. samada mengeluarkan surat NUTP atau lantikan Jawatankuasa Contract Coordination Panel (CCP)?   #oranglamatapibaharu
1
Merujuk PK 4.5, surat amaran 1 dikeluarkan selepas kelewatan (sebab kontraktor) melebihi 10%. Apabila lewat lebih 20% atau 60 hari, surat amaran 2 dikeluarkan dan perlu dijawab oleh kontraktor dalam 7 hari. Dalam tempoh 7 hari selepas terima jawapan kontraktor, Pegawai Penguasa perlu hantar syor kepada CCP untuk keputusan samada masih diberi peluang atau ditamatkan. Sekiranya keputusan untuk ditamatkan, NUTP perlu dikeluarkan dalam tempoh 7 hari daripada keputusan CCP dan kontraktor perlu menjawab dalam masa 14 hari.Saya maklumkan secara ringkas tapi puan perlu rujuk pk 4.5 sebab ada lagi proses yang perlu dipatuhi.
0
setuju dengan komen puan hamidahMR.
0

Terima kasih di atas perkongsian ilmu.yes

...