search
Log In
9 votes
38 views
Bagaimanakah penyelerasan lampu jalan dan lampu isyarat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Kebanyakan lampu jalan dan lampu isyarat hanya dibaiki setelah mendapat aduan dari orang awam. Keberkesanan membaikpulih lampu jalan dan isyarat secara sebutharga didapati kurang berkesan kerana aduan seringkali berulang. Kebanyakkan aduan lampu jalan dan isyarat tidak dapat diselesaikan kerana peruntukan tidak mencukupi. Adakah peruntukan pembaikan lampu jalan dan isyarat yang disalurkan kepada setiap negeri tidak memenuhi keperluan negeri? Mengapa pihak berkuasa negeri tidak menjalankan kontrak berkala bagi menyelesaikan masalah ini? Adakah kakitangan sekarang kita kurang berkeyakinan untuk membaikpulih lampu jalan dan isyarat sepertimana yang telah kita laksanakan pada suatu ketika dahulu? Aduan lampu jalan dan isyarat semakin banyak diterima dan kebanyakan adalah aduan berulang. Adakah perlaksanakan kajian ke atas aduan-aduan ini dibuat? Kepakaran JKR dipersoalkan oleh orang awam.
in Fixed Asset (Tak Alih) 3,280 points

1 Answer

2 votes
Soalan ini pernah diajukan dlm Jcop pada 2015 yg lalu. Namun tiada jawapan yg meyakinkan dpt dijawab oleh sesiapa. Saya cuma ingin meluahkan masalah yg pengguna jalan raya sedang hadapi kini adalah sangat kritikal.

Saya jangka masalah lampu jalan JKR rosak /tidak menyala berlaku di seluruh negara. Mungkin di satu2 daerah hampir 20-30% rosak. Mungkin CKE boleh beri statistik terkini. Kebanyakan lampu tiang simen TNB jarang rosak. Bezanya kabel digantung bukan ditanam dan tiangnya bukan pengalir elektrik.

Penambahbaikan yg kita buat adalah mula guna lampu solar tetapi hanya di projek jambatan baru. Saya rasa kita perlu perluaskan ke semua jalan2 JKR memandangkan sistem sedia ada sgt mudah rosak dan perlu kos yg tinggi utk baiki. Bila terkena kilat, boleh rosak semua kabel dlm tanah. Tambahan pula, kerap tiang lampu dilanggar oleh pemandu mabuk/cuai.

Kita perlu segera membincangkan perkara ini di peringkat tertinggi demi keselamatan pengguna jalan raya yg semakin meningkat.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
5,400 points
0

Terima kasih atas perkongsian bermanfaat, Tn @Farizs yes. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin 

0
Tq Dr Hizar,semoga masalah ini dpt diselesaikan
...