Soalan ini pernah diajukan dlm Jcop pada 2015 yg lalu. Namun tiada jawapan yg meyakinkan dpt dijawab oleh sesiapa. Saya cuma ingin meluahkan masalah yg pengguna jalan raya sedang hadapi kini adalah sangat kritikal.
Saya jangka masalah lampu jalan JKR rosak /tidak menyala berlaku di seluruh negara. Mungkin di satu2 daerah hampir 20-30% rosak. Mungkin CKE boleh beri statistik terkini. Kebanyakan lampu tiang simen TNB jarang rosak. Bezanya kabel digantung bukan ditanam dan tiangnya bukan pengalir elektrik.
Penambahbaikan yg kita buat adalah mula guna lampu solar tetapi hanya di projek jambatan baru. Saya rasa kita perlu perluaskan ke semua jalan2 JKR memandangkan sistem sedia ada sgt mudah rosak dan perlu kos yg tinggi utk baiki. Bila terkena kilat, boleh rosak semua kabel dlm tanah. Tambahan pula, kerap tiang lampu dilanggar oleh pemandu mabuk/cuai.
Kita perlu segera membincangkan perkara ini di peringkat tertinggi demi keselamatan pengguna jalan raya yg semakin meningkat.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN